awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan, dipercayai mangsa lemas pertama banjir

Bernama
Bernama
19/12/2021
15:59 MYT
Mayat lelaki ditemukan, dipercayai mangsa lemas pertama banjir
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an kira-kira pukul 7.50 malam. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 malam.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial berkenaan penemuan satu mayat lelaki oleh orang awam selepas paras air di hadapan pangpapuri itu mulai surut.
Sementara itu Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis menafikan dakwaan di laman Twitter kononnya bot persendirian tidak dibenarkan untuk digunakan bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini.
"Tak. Bomba tak pernah cakap, (namun) berisiko jika bot mengalami kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#mangsa lemas
#banjir
#mayat lelaki
#Polis Daerah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan