awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier, Austria

Bernama
Bernama
12/09/2023
09:31 MYT
Mayat lelaki hilang 52 tahun lalu dijumpai di glasier, Austria
Mayat itu ditemui oleh dua pendaki minggu lalu di kawasan Hochgruberkees kira-kira 2,800 meter dari paras laut, menurut polis. - Gambar fail/Wikipedia
VIENNA (Austria): Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan glasier di Austria, kata polis Salzburg pada Isnin.
Mayat itu ditemui oleh dua pendaki minggu lalu di kawasan Hochgruberkees kira-kira 2,800 meter dari paras laut, menurut polis.
Mayat lelaki itu kemudiannya diterbangkan dari lokasi kejadian berhampiran Fusch an der Grossglocknerstrasse ke kawasan lembah.
Polis percaya mayat itu adalah seorang lelaki yang hilang sejak 1971 dan dokumen pengenalan dirinya ditemui pada mayat tersebut, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa kini sedang mengesan waris mangsa untuk mengenal pasti identitinya dengan jelas melalui perbandingan DNA.
Penemuan itu berlaku selepas satu lagi mayat manusia ditemui di glasier Austria yang berbeza pada awal musim panas ini.
Pada pertengahan Ogos, pendaki gunung ski menemui bahagian badan manusia di glasier Tyrolean.
Pada awal September, analisis DNA mengesahkan cebisan mayat itu milik seorang lelaki yang telah hilang di kawasan Schlatenkees pada tahun 2001 yang berusia usia 37 tahun.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#mayat lelaki hilang
#Australia
#glasier
#Hochgruberkees
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan