awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Somalia pulangkan semula bekalan bantuan WFP di tengah-tengah penggantungan bantuan AS
Harga barangan masih stabil, tiada kenaikan luar biasa seperti didakwa - KPDN P. Pinang
Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki kembung ditemui di Puchong

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2016
03:41 MYT
Mayat lelaki kembung ditemui di Puchong
Mayat telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor untuk dibedah siasat. - Gambar Astro AWANI
Mayat seorang lelaki yang sudah kembung ditemui terapung di tebing sungai berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Puchong, pagi tadi.
Mangsa ditemui orang awam yang terlihat objek seakan manusia tersangkut di timbunan sampah sebelum memaklumkan kepada polis.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi bagi bantuan mengangkat mayat dari tebing sungai.
Hasil pemeriksaan forensik mendapati mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 48 jam.
Identiti mangsa tidak dapat dipastikan berikutan tiada dompet dan dokumen pengenalan ditemui.
Mayat telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor untuk dibedah siasat.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#mayat
#Puchong
#pusat perubatan universiti malaya
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan