awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba

Afiezul Samit
Afiezul Samit
26/03/2021
06:18 MYT
Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba
Hasil perbincangan dengan ahli keluarga mereka masih mengharapkan jasad mangsa dapat dikeluarkan untuk upacara pengebumian yang sempurna.
BAU: Hari ketiga operasi mengeluarkan mangsa dihempap batu ketika melombong emas di Gunung Tabai, Bau mendapati badan mangsa sudah mulai reput.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Linggem, 80 peratus badan mangsa iaitu dari bahu ke kaki sudah ditemukan tetapi masih belum boleh dibawa keluar.
Malah jelas Tawang, hasil perbincangan dengan ahli keluarga mereka masih mengharapkan jasad mangsa dapat dikeluarkan untuk upacara pengebumian yang sempurna.
"Setelah berbincang dengan keluarga dan dari semalam mereka memang berharap jasad mangsa dapat dikeluarkan.
"Untuk hari ini kita memang berharap dapat mengeluarkan mangsa disebabkan kedudukan body dah mula mereput.
"Kita juga akan menggunakan positive pressure fan untuk menghasilkan udara segar dari luar ke dalam lubang tersebut," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
BACA: Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Tambah Tawang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini juga diteruskan dengan kekuatan enam anggota bomba, empat anggota polis serta lebih 20 penduduk kampung.
"Untuk gerak kerja pagi pada hari ketiga operasi ini kita akan meneruskan kerja mengeluarkan mangsa.
"Kita menggunakan kayu untuk membolehkan kita mengeluarkan kepala dan kaki mangsa," katanya.
Keselamatan | Pos kawalan diletakkan di Gunung Tabai
Topic Berkaitan
#Operasi mangsa
#Gunung Tabai
#Bau
#badan mangsa mereput
#Sarawak
#Tawang Linggem
#Bomba Bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan