awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa OKU disambar buaya ditemui

Rohana Wahed
Rohana Wahed
30/07/2018
05:17 MYT
Mayat mangsa OKU disambar buaya ditemui
SAR telah digerak oleh agensi JBPM, Angkata Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk orang kampung yang telah berkawal dan melakukan pemantauan sepanjang malam.
Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibaham dan diseret buaya ke dalam sungai Kampung Seberang Mission, Lawas dijumpai tersangkut pada ranting kayu pada jam 6.40 pagi ini.
Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat Effendi Pail, 45 tahun, dijumpai kira-kira 700 meter dari tempat kejadian.
"Semalam, anak saudara mangsa melihat sendiri buaya membaham dan mengheret mangsa ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelas Tiong, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna selain ada kesan calar di muka dan bahu.
Katanya, dengan penemuan mayat berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan memasuki hari kedua dihentikan serta-merta.
Ketika kejadian semalam, mangsa berada di tebing sungai untuk mengambil air sebelum dibaham dan diseret buaya.
BACA: Lelaki OKU disambar buaya di Lawas
SAR telah digerak oleh agensi JBPM, Angkata Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk orang kampung yang telah berkawal dan melakukan pemantauan sepanjang malam.
Kejadian dibaham buaya bukan perkara baharu di Sarawak dan pada 2016, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengeluarkan kebenaran memburu buaya di 10 batang sungai yang dikenal pasti mempunyai populasi buaya tertinggi.
Sepuluh sungai terbabit ialah Sungai Batang Sadong, Sungai Tuang, Sungai Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Sungai Batang Lupar, Batang Saribas, Sungai Batang Baram dan Sungai Bakong.
JHS dalam kaji selidik yang dijalankan dari 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa 10 sungai berkenaan mempunyai kepadatan lapan hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Sungai Batang Lupar memiliki rekod tertinggi dihuni buaya.
Topic Berkaitan
#buaya
#disambar buaya
#Effendi Pail
#JBPM
#JBPM Sarawak
#Kampung Seberang Mission
#Lawas
#lekaki OKU
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan