awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat murid lemas di Ampang dijumpai di Klang

Bernama
Bernama
24/07/2016
08:12 MYT
Mayat murid lemas di Ampang dijumpai di Klang
Mayat Muhammad Akmal (gambar) ditemui terapung di dalam Sungai Klang di kawasan perangkap sampah Sungai Pinang kira-kira 8.15 pagi. -Gambar fail
Mayat seorang murid yang lemas di Ampang pada Khamis lepas ditemui di Klang pagi semalam, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat Muhammad Akmal Hamdan, 10, ditemui terapung di dalam Sungai Klang di kawasan perangkap sampah Sungai Pinang kira-kira 8.15 pagi oleh pihak polis marin yang turut menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata mayat mangsa ditemukan dalam pakaian seragam sekolah agama dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Murid Sekolah Rendah Agama Tasek Tambahan, Ampang ini dilapor dihanyut arus deras ketika bermain di sekitar parit dalam hujan lebat bersama dua lagi rakan di luar kawasan sekolah tersebut.
"Waris mangsa telah membuat pengecaman mayat pada pukul 9 pagi tadi setelah dimaklumkan berkenaan penemuan mayat kanak-kanak itu," katanya kepada Bernama.
Topic Berkaitan
#Akmal Hamdan
#lemas di Ampang
#perangkap sampah Sungai Pinang
#Samsol Maarif Saibani
#sungai klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan