awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pekerja warga Bangladesh ditemui

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2018
03:50 MYT
Mayat pekerja warga Bangladesh ditemui
Anggota bomba membawa keluar mayat pekerja warga Bangladesh yang tertimbus akibat runtuhan Pencawang Masuk Utama TNB berhampiran MRT Cochrane semalam. - Foto JBPM
Mayat pekerja warga Bangladesh yang tertimbus selepas lantai bangunan Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran MRT Cochrane yang sedang dalam pembinaan runtuh, berjaya dibawa keluar sekitar jam 5.30 pagi tadi.
Penemuan itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Armdan Mahad ketika dihubungi Astro AWANI.
Armdan memaklumkan, mayat mangsa yang berusia 20-an itu dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.
Dalam kejadian 5.30 petang Selasa, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tiga ke tingkat satu dan kemudian dihempap runtuhan lantai.
Kejadian berlaku ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja pembinaan bangunan pencawang berkenaan.
TNB dalam satu kenyataan mengesahkan sebahagian kecil lantai bangunan PMU MRT Cochrane miliknya runtuh pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, kejadian dipercayai berlaku apabila perancah tapak lantai di tingkat tiga runtuh ketika kerja menuang konkrit dilakukan.
"Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca runtuhan masih dalam siasatan," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjelaskan bahawa insiden itu tiada kaitan dengan Projek MRT Lembah Klang.
Pengarah Perhubungan Awam dan Perhubungan Stakeholder Datuk Najmuddin Abdullah dalam kenyataan berkata pembinaan landasan MRT Sungai Buloh-Kajang, di mana Stesen MRT Cochrane merupakan satu daripada stesennya, telah disiapkan dan dibuka kepada orang ramai sejak Julai tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bomba
#Hospital
#mayat
#meninggal dunia
#MRT
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan