awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pelajar tahfiz ditemui di Pantai Kelulut, Marang

Bernama
Bernama
25/12/2015
12:26 MYT
Mayat pelajar tahfiz ditemui di Pantai Kelulut, Marang
Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan jetski di kawasan pesisir pantai untuk mencari dua pelajar tahfiz yang dipercayai lemas di Pantai Rhu Sepuluh Penarik pada 21 Disember. - Gambar Bernama
Mayat pelajar tahfiz yang hilang ketika bermain air bersama rakannya yang lain di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu Isnin lepas ditemui di Pantai Kelulut, Marang, tengah hari tadi.
Mayat Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam.
Ketua ‎Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar memberitahu Bernama, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat dan ahli keluarga telah membuat pengecaman dan mengesahkan mayat berkenaan berdasarkan identiti, pakaian dan bentuk fizikal.
Isnin lalu dua pelajar yang berasal dari Johor yang sedang mengikuti program keagamaan sempena cuti sekolah di Masjid Kampung Banggol, Setiu hilang ketika bermain air di pantai itu kira-kira pukul 9.30 pagi.
Seorang lagi rakan mereka, Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan orang ramai manakala Muhamad Naim Adnan ditemui lemas, Selasa lalu.
Mayat Muhamad Naim ditemui terapung kira-kira pukul 11.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Sementara itu, kembar mangsa Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17, bersyukur apabila mayat adiknya berjaya ditemui selepas lima hari menunggu.
"Menerusi rupa paras dan pakaian yang tersarung memang ia adalah milik adik kembar saya...terima kasih kepada semua pihak termasuk penduduk kampung yang bertungkus lumus mengesan mayat adik saya," katanya.
Topic Berkaitan
#lemas
#maut
#Muhammad Wafiq Mohd Noor
#Pantai Rhu Sepuluh
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan