Skip to main content

Malaysia

Mayat pengganas akan dikebumikan ikut cara Islam - Hamza

41359712880_295x200.jpg
Mayat-mayat pengganas Sulu yang telah berjaya dikeluarkan oleh anggota pasukan keselamatan Malaysia akan disemadikan mengikut cara Islam sekiranya Filipina tidak mahu menuntut kembali mayat-mayat itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Malaysia hanya memberi tempoh tiga hari kepada Filipina untuk membuat keputusan samada negara itu hendak mengambil kembali mayat-mayat itu.

โ€œAndai kata Filipina tidak memberi respon dalam masa tiga hari, kita akan kebumikan mayat-mayat itu ikut cara Islam sekiranya orang itu orang Islam.

โ€œMaknanya kita mandikan, sembahyangkan jenazah dan kebumikan di tanah perkuburan Islam,โ€ kata beliau semasa satu sidang media di sini.

Hamza berkata pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada kedutaan Filipina pada hari mayat-mayat itu dikeluarkan serta pada hari mayat-mayat itu dibedah siasat.

Beliau berkata setakat ini 27 mayat telah berjaya dikeluarkan dari lokasi pertempuran.

Advertisement

Must Watch Video