Mayat pertama nelayan hilang ditemui

Mayat Mohd Nazri Yaccob, 37 tahun dijumpai lengkap berpakaian kira kira 300 meter dari lokasi bot mereka terbalik.
Mangsa pertama tragedi empat nelayan hilang akibat bot mereka  dibadai ombak Rabu lalu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 8:50 pagi Jumaat.
Mayat Mohd Nazri Yaccob, 37 tahun dijumpai lengkap berpakaian kira kira 300 meter dari lokasi bot mereka terbalik.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat  Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Khir Amir Ahmad, berkata operasi yang disertai  90 anggota dari lapan agensi itu dijalankan sepanjang lima kilometer dari muara Sungai Dungun sehingga ke Tanjung Jara.
Ia turut dibantu Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari Balai Bomba Chukai, Kemaman dan Balai Bomba Kuala Berang, Hulu Terengganu.
“Setelah lebih kurang  36 jam kejadian tersebut, mengikut fizikal, mangsa akan terapunglah. Untuk perkembangan positifnya, kita jumpa seorang.
“Jadi kita harap, hari ini kita akan jalankan operasi secara besar-besaran termasuk unit skuba di tempat yang dikenal pasti,” kata Khir.
Mayat mangsa di bawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Tiga lagi mangsa yang sedang dicari ialah Mohd Zawawi Mohamed, 27 tahun, Che Mohd Afendi Ismail,34 tahun, dan Abd Wahab Zakaria, 40 tahun.
Dalam kejadian Rabu malam, keempat-empat nelayan itu dilaporkan hilang selepas bot gentian kaca mereka terbalik dipukul ombak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

