Mayat tanpa kepala ditemui reput dalam banglo

Astro Awani
Disember 7, 2020 09:17 MYT
Anggota keselamatan mengambil masa selama 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat. - Gambar Astro AWANI
GOMBAK: Mayat seorang lelaki ditemui tanpa kepala di atas bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dekat sini.
Polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Mayat lelaki dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari itu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit.
Operasi membawa turun mayat agak sukar susulan pihak berkuasa perlu mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat.
Operasi membawa turun mayat dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.
BACA: Mayat tergantung diikat pada kayu, kepala di lantai - Polis
#Mayat tanpa kepala #mayat reput #banglo lama #hutan tanah rizab #Universiti Islam Antarabangsa Malaysia #Gombak #Selangor