awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat terapung dalam bekas lombong

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/01/2023
10:48 MYT
Mayat terapung dalam bekas lombong
Mayat seorang lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian ditemukan terapung di bekas lombong berhampiran tapak projek MCT Bhd (MCT) Cybersouth, Dengkil, Sepang.
SEPANG: Mayat seorang lelaki dalam keadaan lengkap berpakaian ditemukan terapung di bekas lombong berhampiran tapak projek MCT Bhd (MCT) Cybersouth, Dengkil, di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira pukul 3.05 petang Selasa, oleh seorang lelaki yang ke bekas lombong tersebut untuk memancing.
Menurutnya, ketika ingin memancing, dia ternampak satu objek menyerupai manusia dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 300 meter.
"Apabila lelaki itu menghampiri objek berkenaan, dia mendapati objek tersebut merupakan mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan awal polis mendapati mayat itu berkemungkinan warga asing kerana tidak ada tanda suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di tangan.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah lebam dan mengelembung dengan kulit yang mengelupas, mangsa mati lebih daripada tiga hari.
Katanya, kes itu diklasifikan sebagai kes sebagai mati megejut (SDR).
"Pemeriksaan di sekitar kawasan lombong seluas 40,468 meter persegi, polis tidak menjumpai kenderaan yang digunakan si mati. Unit K9 telah membantu siasatan namun gagal menemui sebarang petunjuk berikutan mayat berada di dalam air.
"Kawasan lombong juga tidak berpagar dan boleh diakses secara bebas," katanya.
Beliau memberitahu, kawasan lombong merupakan tumpuan orang ramai untuk memancing.
Mayat mangsa, katanya, dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#mati mengejut
#bedah siasat
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan