LANGKAWI:Mayat seorang wanita dipercayai mengandung, ditemui terapung bersama bot tanpa nombor pendaftaran, karam di kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika utara di muara Kubang Badak, di sini, semalam.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah/Perlis Mohd Zawawi Abdullah, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi kira-kira jam 9 pagi.
Sejurus kemudian, sebuah Bot Petir 81 telah diarahkan ke lokasi penemuan.
Sebaik tiba, pihaknya menemui mayat wanita itu terbelit pada tali sauh bot.
Mohd Zawawi berkata, anggota Maritim mengalami kesukaran mengeluarkan mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas bot pasukan itu.
Sebaik ia berjaya diangkat, mayat tanpa identiti itu dibawa ke jeti APMM Bukit Malut kira-kira jam 11.40 pagi.
Beliau memaklumkan, mayat diperiksa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Langkawi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sehingga petang semalam, MRSC Langkawi belum menerima sebarang aduan daripada orang awam berkaitan kehilangan ahli keluarga.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu pada 10.15 pagi.
Katanya, mayat wanita dengan keadaan perut yang sudah mengembung itu ditemukan terapung berhampiran Pulau Jemuruk, Langkawi.
"Pihak polis menghubungi Bilik Gerakan Maritim bagi memaklumkan perkara tersebut dan pihak Maritim membawa mayat itu ke Pengkalan Jeti Maritim di Bukit Malut sebelum menghubungi KKM Langkawi untuk pengesahan kematian.
"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut.
"Bagaimanapun mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menggunakan bot Polis Marin Langkawi untuk bedah siasat Ahad ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Gambar mayat wanita berkenaan tular menerusi aplikasi WhatsApp, diiringi pesanan suara yang meminta orang ramai mengenal pasti identiti mangsa.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 10 2020
Pihak Maritim membawa mayat itu ke Pengkalan Jeti Maritim di Bukit Malut sebelum menghubungi KKM Langkawi untuk pengesahan kematian. - Foto APMM
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.