awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemui terapung di perairan Sekinchan

Bernama
Bernama
27/12/2021
14:28 MYT
Mayat wanita ditemui terapung di perairan Sekinchan
Pusat Operasi Maritim Selangor menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada Stesen Maritim Udara Subang (SUMS) pada kira-kira 9.55 pagi. - Gambar hiasan/ Bernama
SHAH ALAM: Mayat seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di perairan Sekinchan, dekat sini hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata Pusat Operasi Maritim Selangor menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada Stesen Maritim Udara Subang (SUMS) pada kira-kira 9.55 pagi tadi.
"Bot Perkasa 36 yang sedang dalam operasi telah diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan mengambil mayat.
"Lebih kurang 1.15 tengah hari, bot tersebut telah menemukan mayat itu yang lengkap berpakaian berwarna gelap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosli berkata mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Nelayan Sekinchan untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi APMM Selangor di talian 03-21760627.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan digegaskan membantu mengangkat mayat tersebut dari bot dan diserahkan kepada pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#perairan sekinchan
#Maritim Malaysia
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan