awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemukan tersangkut dahan pokok dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
26/09/2021
09:11 MYT
Mayat wanita ditemukan tersangkut dahan pokok dalam sungai
Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang ditemui tersangkut pada dahan pokok dalam sungai berhampiran pusat percutian di sini pada Ahad. - Foto JBPM
BATANG KALI: Seorang wanita ditemui maut dan tersangkut pada dahan pokok dalam sungai berhampiran sebuah pusat percutian di Jalan Batang Kali-Genting, di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.11 petang.
Menurutnya, seramai lapan orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.40 petang.
“Setibanya di sana, pihak bomba menemui seorang wanita dianggarkan berusia 30-an tersangkut pada dahan pokok yang berada dalam sungai.
“Pihak bomba mengambil mayat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Mayat wanita tersangkut dahan pokok dalam sungai
Topic Berkaitan
#mayat tersangkut pada dahan
#batang kali
#bomba
#pusat peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan