SHAH ALAM: Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ini kerana kos dipersetujui adalah naik taraf stadium melibatkan kos sehingga RM800 juta.
Sebaliknya, kos RM3.28 bilion yang dibangkitkan pembangkang dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2024 adalah melibatkan keseluruhan pembangunan termasuk kemudahan seperti taman awam dan pusat komersial.
Jelasnya, kerajaan negeri bertegas untuk bertahan dengan kos RM787 juta bagi menaik taraf Stadium Shah Alam merangkumi peralihan dan menaikkan tapak, projek tebatan banjir dan integrasi stesen Aliran Transit Ringan (LRT).
“Kita hendak maklumkan kalau melihat Stadium Shah Alam sahaja RM787 juta, kita tak tengok Stadium Malawati.
“Tetapi, stadium yang akan dibina adalah bercantum atau pun bergabung dan ia akan boleh digunakan pada waktu malam dan siang, boleh digunakan 'indoor'.
"Maknanya adalah ini gabungan daripada Stadium Malawati dan Shah Alam.
“Selepas itu, fasa kedua akan bermula untuk menyiapkan stadium dan jalan masuk serta kawasan-kawasan sekitar termasuk projek tebatan banjir kerana di dalam projek ini kita menyiapkan 10 ekar (empat hektar) untuk projek tebatan dan kolam tebatan banjir yang termasuk dalam perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atau perancangan tebatan banjir Sungai Damansara yang diputuskan oleh kerajaan Persekutuan,” katanya dalam penggulungan Belanjawan Selangor 2024 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.
Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut menjawab celahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PH - Hulu Kelang) berhubung peningkatan kos daripada RM325 juta kepada RM800 juta dan RM3.28 bilion.
Menurutnya, kos RM325 juta itu dibuat oleh Menteri Besar ke-14 (Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang menjelaskan jumlah tersebut ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Saya masih ingat ketika itu kerana saya merupakan Pengerusi Darul Ehsan Facility Management (DEFM) dan terlibat dalam proses penilaian dan pengambilan semula pentadbiran Stadium Shah Alam.
“Angka RM787 juta itu adalah untuk menaik taraf Stadium Shah Alam sahaja sebab itu saya sebutkan naik taraf sahaja kita 'retain' di antara RM700 hingga RM800 juta dan kita tidak akan berubah.
“Tetapi konsep pembangunannya sedikit berubah kerana sebelum ini adalah konsepnya adalah 'land swapping' kepada tanah-tanah keseluruhan 172 ekar (69 hektar).
“Maknanya hanya buatkan stadium, laluan masuk dan mungkin ada kawasan lapang dan sebagainya dan lain-lain akan diberikan ruang kepada pemaju membangunkan mengikut kapasiti dan pembangunannya,” jelasnya.
Katanya lagi, daripada jumlah 69 hektar itu, sebanyak empat hektar akan dikurangkan bagi pembinaan projek tebatan banjir dan kolam takungan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 21 2023
Datuk Seri Amirudin Shari, ini kerana kos dipersetujui adalah naik taraf stadium melibatkan kos sehingga RM800 juta. - Gambar fail
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak - Pengasas Buku Jalanan Chow Kit
Pemangsa kanak-kanak tidak semestinya berwajah jahat seperti yang digambarkan oleh filem, sebaliknya pemangsa juga boleh datang dalam kalangan individu dengan wajah yang segak.
Pencemaran bau kimia: 38 Orang Asli dipindahkan ke balai raya
Seramai 38 penduduk dari Kampung Orang Asli Pasir Intan berpindah ke Balai Raya Orang Asli Kampung Sayong Pinang ekoran pencemaran bahan kimia.
Pasaran hartanah Malaysia raih paras tertinggi dalam lima tahun pada separuh pertama 2024
Pasaran hartanah Malaysia pada separuh pertama 2024 mencatat pertumbuhan tertinggi bilangan dan nilai transaksi dalam tempoh lima tahun, kata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
27 murid alami pening, muntah akibat pencemaran bau
Seramai 27 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal hari ini.
Kawasan pelancongan Banda Hilir rekod sifar jenayah - Ab Rauf
Rekod cemerlang itu sekali gus memberi keyakinan kepada pelancong tempatan mahupun luar negara untuk berkunjung ke negeri ini.
Sarawak lancar laporan kemampanan tahunan untuk inisiatif hijau
Negeri Sarawak, Malaysia akan melancarkan mekanisme pelaporan kemampanan tahunannya tahun depan untuk memantau sumbangan sektor awam kepada inisiatif hijau negeri itu.
Jumlah tenaga buruh meningkat 0.1 peratus pada Julai 2024 - DOSM
Jumlah tenaga buruh pada Julai 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 17.2 juta orang, berbanding 17.17 juta orang pada bulan sebelumnya.
Belanjawan 2025: KPK perlu RM10 juta 'perangi' ulat bungkus
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memohon peruntukan khas sebanyak RM10 juta khusus bagi memerangi masalah ulat bungkus yang menyerang pekebun kecil sawit menerusi Belanjawan 2025.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.
Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.
Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.
Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.
5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.