awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSA cadang Program Sukan Rakyat diperluas ke peringkat daerah

Bernama
Bernama
07/11/2025
21:00 MYT
MBSA cadang Program Sukan Rakyat diperluas ke peringkat daerah
Program Sukan Rakyat sempena Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam berlangsung meriah pada Jumaat. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencadangkan agar Program Sukan Rakyat diperluas ke peringkat daerah di Selangor bagi menghidupkan semula warisan sukan tradisional dalam kalangan masyarakat.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, ini selepas Program Sukan Rakyat sempena Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Jumaat mendapat sambutan menggalakkan, terutama dengan keberangkatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan pasangan, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
"Sambutan hari ini (Jumaat) sangat menggalakkan dan menerima reaksi positif daripada semua pihak termasuk Raja Muda Selangor. Baginda turut menyatakan pandangan agar sukan rakyat ini dihidupkan di peringkat daerah.
"Kami juga telah berbincang dengan pihak istana mengenai penganjuran kejohanan sukan rakyat secara lebih tersusun termasuk cadangan mengadakan liga bagi beberapa acara tradisional seperti bola sepak berkain pelekat," katanya kepada pemberita selepas program itu.
Mohd Fauzi berkata, pemenang pertandingan yang diadakan di peringkat daerah berkemungkinan berpeluang bertanding pada perlawanan akhir di padang istana sebagai satu bentuk penghormatan dan simbolik pengiktirafan terhadap warisan sukan rakyat.
Beliau berkata, jika dilaksanakan, penganjuran itu dirancang menggunakan konsep kejohanan bola sepak luar negara yang menetapkan perlawanan akhir dilangsungkan di padang utama iaitu di istana.
"Sekiranya dipersetujui, ia merupakan satu penghormatan kepada pemenang dan sukan tradisional itu sendiri. Cadangan berkenaan akan dibincangkan bersama Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail serta pihak berkaitan bagi pelaksanaan lanjut," katanya.
Berhubung kehadiran peserta pada program Jumaat, Mohd Fauzi berkata, acara itu berjaya menarik minat lebih 1,500 orang meliputi kakitangan jabatan, komuniti setempat dan wakil-wakil daerah di Selangor.
Program Sukan Rakyat sempena Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja Bersama Rakyat merangkumi beberapa acara permainan tradisional seperti congkak, galah panjang, batu seremban dan sepak raga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#program sukan rakyat
#Selangor
#peringkat daerah
#mohd fauzi mohd yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan