awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA dapatkan pandangan undang-undang mengenai EGM - Chua Soi Lek

Bernama
Bernama
11/09/2013
00:20 MYT
MCA dapatkan pandangan undang-undang mengenai EGM - Chua Soi Lek
MCA akan mendapatkan pandangan undang-undang tentang sama ada mesyuarat agung luar biasa (EGM) seperti dicadangkan puak timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh diadakan.
Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pucuk pimpinan parti perlu meneliti permintaan bagi diadakan EGM untuk membincangkan, antara lain, pembatalan penggantungan tiga tahun ke atas anggota exco negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong, kerana ini melibatkan isu perundangan dan teknikal.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di sini hari ini, beliau berkata perkara terlibat termasuk penetapan waktu untuk diadakan EGM, dengan mengambil kira bahawa pemilihan bahagian parti dijadual berlangsung pada 22 Sept bagi memilih perwakilan pusat MCA yang baru.
Semalam, Liow dan 13 anggota lain jawatankuasa pusat (CC) MCA meminta diadakan EGM dalam masa tujuh hari, dengan menyatakan bahawa pembatalan penggantungan Tee oleh CC bertentangan dengan resolusi parti dibuat pada 2011 dan 2012.
Menurut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan dalam tempoh 21 hari selepas pengeluaran notis kepada perwakilan pusat.
Dalam pada itu, Dr Chua enggan membuat sebarang kenyataan bila ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 21 Dis depan.
Topic Berkaitan
#Chua Soi Lek
#MCA
#Tee Siew Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan