awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina

Bernama
Bernama
01/07/2017
22:30 MYT
MCA manfaatkan bancian sikap, dekati masalah kaum Cina
Heng berkata bancian sikap itu yang akan dilaksanakan secepat mungkin setelah MCA selesai mengadakan sesi latihan Jentera Jalinan Rakyat Plus. - Gambar fail
MCA akan memanfaatkan gerak kerja bancian sikap sebagai medium mendekati peringkat akar umbi terutamanya kaum Cina di seluruh negara dalam usaha mengetahui permasalahan dihadapi kaum itu supaya dapat diberikan perhatian oleh Kerajaan Pusat.
Ketua Wanitanya Datuk Heng Seai Kie berkata bancian sikap itu yang akan dilaksanakan secepat mungkin setelah MCA selesai mengadakan sesi latihan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) bersifat lebih menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas mengenai idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap masalah kaum itu.
"MCA di setiap peringkat negeri akan melakukan bancian sikap ini masing-masing dengan melibatkan semua peringkat dalam parti termasuk Wanita dan Pemuda MCA sebagai persediaan menghadapi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14). Kita akan pergi rumah ke rumah untuk mendengar masalah dihadapi rakyat.
"Bancian sikap ini memberikan peluang kepada kita berdepan secara langsung dengan rakyat untuk mendapatkan maklumat paling jitu dan tepat," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat latihan JR Plus bagi MCA Kedah dan Perlis di sini, pada Sabtu.
Heng berkata segala pendapat yang dikumpul itu akan dilaporkan kepada Kerajaan Pusat supaya dapat dijadikan sebagai bahan untuk draf persediaan bajet yang akan datang.
"Hasil daripada bancian sikap ini, kita buat tindakan susulan untuk membantu rakyat dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Jadi bancian sikap pada kali ini akan lebih holistik," katanya.
Sehubungan itu, Heng mengalu-alukan sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan untuk bersama-sama MCA dalam pelaksanaan bancian sikap berkenaan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cina
#Heng Seai Kie
#MCA
#Pilihan Raya Umum ke-14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan