MCA menafikan beberapa laporan media tertentu yang menyatakan bahawa waris keluarga MH370 dari China dihalang masuk ke rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina anjuran parti itu di Wisma MCA pada Khamis.
Kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu itu berkata ketibaan keluarga penumpang itu disambut mesra sebaik sahaja mendapat tahu mereka berkumpul di luar.
“Apabila pihak kami menerima berita bahawa waris keluarga MH370 dari China telah berkumpul di luar bangunan, kami telah menugaskan kakitangan untuk menyambut ketibaan mereka.
“Kemudian, kakitangan kami bercakap dengan wakil mereka yang bernama Cik Kelly yang turut menyuarakan hasrat waris untuk bertemu Presiden MCA Datuk Sri Liow Tiong Lai dan presiden telah bersetuju," jelas kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, setibanya di pintu masuk Wisma MCA, ahli-ahli keluarga enggan masuk dan bertutur dalam loghat yang sukar difahami.
"Cik Kelly menterjemahkan komen-komen mereka terhadap kerajaan dan Malaysia Airlines. Mereka tidak mahu masuk kerana takut berlaku situasi yang disebut sebagai 'terputus komunikasi' dan kemudian terus berdiri di luar bangunan itu.
"Apabila ditanya sama ada mereka ingin bertemu dengan Tiong Lai, ahli-ahli keluarga tidak memberi jawapan, kemudian mereka berkata tidak akan masuk. Apabila kami bertanya lagi, mereka masih tidak memberikan jawapan.
"Selepas kakitangan kami membiarkan mereka terus berdiri di situ sambil dengan sopan menjelaskan kepada mereka bahawa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan perayaan besar, tiba-tiba seorang wanita menjerit, "Adakah anda menyambut Tahun Baru dengan gembira apabila orang tersayang anda telah tiada? Kami mahukan orang yang kami sayang. Ke mana perginya kapal terbang itu?” jelas MCA.
Menurut kenyataan itu lagi, keadaan mula menjadi kacau bilau dan kakitangan MCA telah mententeramkan mereka kemudian menghulurkan air dan tisu kepada kumpulan tersebut.
“Tidak lama kemudian, ahli keluarga memasuki Wisma MCA dan polis menghampiri mereka.
“Mereka meminta untuk makan dan kakitangan kami telah menyediakan dua meja di ruang VIP di Dewan San Choon.” kata kenyataan tersebut.
Kenyataan itu turut menjelaskan walaupun Tiong Lai telah bersetuju untuk bertemu dengan ahli keluarga berkenaan, oleh sebab kelewatan yang berlaku, beliau terpaksa bergegas ke Melaka untuk menghadiri satu lagi rumah terbuka MCA.
Astro Awani
Sat Feb 21 2015
Kenyataan tersebut turut mengepilkan bersama foto yang menunjukkan waris keluarga MH370 sedang makan di Dewan San Choon - Foto MCA
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.