McDonald's Malaysia berkata mereka adalah 'kambing hitam' kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.
Beberapa francais mereka di seluruh negara telah terdedah kepada vandalisme, sementara staf-staf mereka diganggu berikutan tuduhan telah menyalurkan dana dan membantu Israel di atas kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza.
"Semua pekerja kami yang merupakan warganegara Malaysia terpaksa mengharungi gangguan, ugutan dan cacian. Beberapa restoran francais kami telah terdedah kepada vandalisme sehingga kami tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menutup dan memberhentikan operasi kami untuk hari itu," kata mereka di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.
"Realitinya, staf-staf dan francais kami tidak bersalah dan tindakan ini secara dasarnya tidak adil untuk mereka dipersalahkan," tambah mereka yang juga menyatakan tindakan memboikot adalah hak individu dan meminta untuk tindakan tersebut dilakukan secara tenang.
"Kami faham dan menghormati tindakan untuk memboikot adalah merupakan hak setiap invididu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia dengan tidak adil dijadikan sasaran. Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bertenang dan mengelak daripada melalukan tindakan yang akan memudaratkan mana-mana pihak."
Rangkaian restoran makanan segera ini sekali lagi menegaskan bahawa tiada hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada mereka yang disalurkan kepada mana-mana aktiviti politik atau konflik di seluruh dunia.
"Kami ingin menegaskan sekali lagi pendirian kami bahawa McDonald's Malaysia tidak menyalurkan sebarang hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restoran kami untuk menyokong mana-mana aktiviti politik mahupun konflik di seluruh dunia. Kami telah secara konsisten dan telus menyuarakan pendirian kami, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu."
McDonald's juga telah menyuarakan sokongan mereka untuk keamanan dapat dicapai di Gaza.
"Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita berkongsi matlamat yang sama. Mari kita bertoleransi dan saling menghormati pendirian masing-masing. Tetapi apa yang lebih penting, kita harus terus berdoa dan berharap agar konflik di Gaza berakhir dan keamanan dapat dirasai oleh mereka."
Senarai nama-nama produk dan syarikat, termasuk McDonald's, dikatakan telah 'menyalurkan' wang kepada rejim Zionis di Israel telah tersebar meluas di media sosial sebagai gerakan untuk memboikot barangan yang dihasillkan oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Pada Selasa, akhbar Sinar Harian melaporkan protes ganas telah dijalan di dua cawangan McDonald's di Kerteh dan Dungun, yang mengakibatkan kira-kira 80% kerugian di kedua-dua restoran tersebut.
Astro Awani
Fri Aug 08 2014
Gambar fail kekecohan akibat boikot di McDonald's di Dungun, Terengganu pada Rabu. - Twitter/@AidaSue
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Isu boikot: Mediasi positif, McDonald's dan BDS bertemu lagi 30 April
Perbincangan dilapor berlangsung sangat positif dengan hanya satu atau dua perkara berbangkit yang perlu diselesaikan.
Kesan boikot, benarkah bantu produk tempatan?
Rakyat Malaysia menunjukkan solidariti kepada Palestin apabila pelbagai senarai perkongsian produk tempatan 'membanjiri' media sosial.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Teruskan boikot organisasi, perniagaan menyokong Israel - Yayasan Al-Quds
Tindakan boikot ialah pendirian moral yang boleh membantu mengurangkan dana yang disalurkan kepada rejim Israel.
Boikot: Hak pengguna - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika ini tidak mempunyai sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna.
Malaysia wajar ketuai gerakan boikot Israel
Pemimpin-pemimpin dunia perlu berani mengambil langkah yang lebih keras dengan memboikot secara menyeluruh.