awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC pantau jualan cecair vape ada dadah sintetik dalam talian - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
05/06/2025
10:06 MYT
MCMC pantau jualan cecair vape ada dadah sintetik dalam talian - Fahmi
MCMC diarahkan mengambil tindakan segera terhadap penjualan produk vape mengandungi dadah sintetik secara dalam talian, susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan rokok elektronik. -Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera terhadap penjualan produk vape mengandungi dadah sintetik secara dalam talian.

Ringkasan AI
  • MCMC diarahkan mengambil tindakan segera terhadap penjualan produk vape mengandungi dadah sintetik secara dalam talian, susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan rokok elektronik.
  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan penjualan banyak berlaku di platform seperti Facebook dan WhatsApp, dan tindakan penguatkuasaan akan melibatkan KPDN serta pemantauan oleh MCMC.
  • Laporan khas sedang disediakan untuk dibentangkan kepada jemaah menteri, sementara PDRM telah mengesan aktiviti penjualan dadah sintetik dalam vape dan menggesa pengharaman penjualan vape oleh kerajaan negeri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata arahan itu dikeluarkan susulan kebimbangan serius terhadap penyalahgunaan rokok elektronik yang kini turut melibatkan bahan terlarang.
“Saya telah arahkan MCMC untuk meneliti jualan produk-produk seperti itu dalam talian.
“Kita dapati banyak daripada penjualan ini berlaku di platform seperti Facebook dan WhatsApp.
“Sudah pasti sebarang tindakan penguatkuasaan juga akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya, hari ini.
Menurut Fahmi, satu laporan khas sedang disediakan bagi memantau penjualan rokok elektronik secara dalam talian dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.
“Penjualan vape berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), namun dari sudut komunikasi dan pemantauan dalam talian, ia di bawah tanggungjawab MCMC.
“Insya-Allah, laporan terperinci akan disiapkan dan dibawa ke Kabinet untuk perbincangan lanjut,” tambah beliau.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan aktiviti penjualan dadah sintetik untuk digunakan dalam rokok elektronik, menerusi beberapa siri serbuan baru-baru ini.
Susulan itu, Ayob Khan menggesa kerajaan negeri agar mengambil langkah mengharamkan penjualan vape, memandangkan penyalahgunaan bahan terlarang kini dikhuatiri semakin berleluasa melalui produk tersebut.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#dadah sintetik
#jualan dalam talian
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan