awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
22/07/2023
15:47 MYT
MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat - Mohd Na'im
MCMC perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
"Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, MCMC bertindak cepat dengan kuasa yang ada untuk menurunkan cepat-cepat (kandungan berunsur ajaran sesat)," katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Na'im berkata penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam di MCMC oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilakukan selepas mesyuarat bersama suruhanjaya itu Isnin ini.
"Kader ini adalah pegawai pakar, sebelum ini jika berlaku benda (unsur ajaran sesat) MCMC akan datang ke Jakim dan ini akan melambatkan proses (menurunkan kandungan)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Mohd Na'im Mokhtar
#kandungan berunsur ajaran sesat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan