awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, pihak industri pastikan rakyat terus nikmati internet semasa PKPD, PKPB

Bernama
Bernama
20/10/2020
21:20 MYT
MCMC, pihak industri pastikan rakyat terus nikmati internet semasa PKPD, PKPB
Menurut MCMC, pihak industri turut menyediakan sumber pembelajaran dalam talian secara percuma kepada rakyat termasuk kursus e-pembelajaran daripada pelbagai platform.
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi utama negara proaktif dalam memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan Internet, biarpun beberapa kawasan kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan memaklumkan Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada 5 Jun lepas, masih diteruskan oleh syarikat telekomunikasi sehingga 31 Dis ini.
"Ini bermakna, rakyat akan dapat terus menikmati perkhidmatan Internet percuma yang ditawarkan dengan syarat kad SIM mereka adalah aktif dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian atau tarikh tambah nilai terakhir tertakluk kepada syarat khas setiap penyedia perkhidmatan.
"Mereka boleh menggunakan Internet percuma untuk aktiviti pendidikan, persidangan video, mahupun perkhidmatan berkaitan maklumat," menurut kenyataan itu.
Malah, Telekom Malaysia (TM) dan TIME dotCom (TIME) telah menyediakan kapasiti gentian tambahan bagi menampung penggunaan Internet yang semakin meningkat ketika ini.
Selain itu, pihak industri turut menyediakan sumber pembelajaran dalam talian secara percuma kepada rakyat termasuk kursus e-pembelajaran daripada pelbagai platform.
Syarikat telekomunikasi turut tampil dengan pakej tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing terutama dalam menyumbangkan dana bantuan berkaitan COVID-19.
"Keseluruhan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) telah menyumbang sebanyak RM95.4 juta kepada GLC Disaster Relief Fund Network (GDRN) di bawah bantuan COVID-19 untuk bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan bukan perubatan.
"Ini meliputi syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, TIME, TM dan U Mobile," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Internet
#PENJANA
#ekonomi
#kerajaan
#COVID-19
#syarikat telekomunikasi
#telco
#PKPB
#PKP
#internet percuma
#dalam talian
#e-pembelajaran
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan