awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat penafian Muhyiddin

Bernama
Bernama
06/08/2025
12:45 MYT
MCMC siasat penafian Muhyiddin
MCMC akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95. - Gambar fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera menyiasat kenyataan penafian Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Ringkasan AI
  • MCMC akan menyiasat kenyataan penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu subsidi RON95.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan dijalankan demi ketelusan dan tanggungjawab kerajaan.
  • Muhyiddin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan PN sentiasa mengutamakan subsidi untuk rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, menurut MCMC pihaknya akan menyiasat perkara itu berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
"MCMC mengambil maklum kenyataan media Pejabat Perdana Menteri supaya siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.
"MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih," menurut MCMC.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan MCMC untuk menyiasat kenyataan penafian itu, selaras dengan prinsip kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab.
Semalam, Anwar pada sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.
Sehubungan dengan itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menerusi satu perkongsian di media sosialnya menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) konsisten sejak dahulu bahawa manfaat pelaksanaan subsidi harus diberikan keutamaan terhadap kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#siasat penafian Muhyiddin
#hak warga asing
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan