Skip to main content

Malaysia

MCMC tegaskan kebebasan bersuara, kritikan harus secara beradab dan bertanggungjawab

MCMC menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati.
MCMC menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati.

Advertisement

Ringkasan AI

  • MCMC menegaskan kebebasan bersuara mesti diamalkan secara beradab dan bertanggungjawab tanpa menjadi alasan untuk buli siber atau serangan peribadi.
  • MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai tanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta kebimbangan terhadap penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
  • MCMC akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian dan mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilakukan secara beradab serta bertanggungjawab, selain tidak menjadikannya alasan untuk melakukan buli siber.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.

Menurut kenyataan itu, MCMC turut menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati.

“MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan bahawa setiap kebebasan datang bersama-sama tanggungjawab, khususnya dalam penggunaan media sosial.

“Suruhanjaya ini turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan Seri Paduka Baginda mengenai penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), untuk menghasilkan kandungan palsu serta penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan fitnah dan kebencian,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

MCMC dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa suruhanjaya itu, akan terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat menerusi kerjasama dengan penyedia platform, agensi berkaitan dan masyarakat.

Selain itu, suruhanjaya tersebut turut menyatakan bahawa sebarang kandungan disyaki melanggar undang-undang akan diteliti dan dikenakan tindakan sewajarnya, berdasarkan peruntukan undang-undang.

“MCMC turut menyeru rakyat Malaysia supaya menghayati titah Seri Paduka Baginda dengan menghormati perbezaan pandangan, menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi serta menjaga adab dan maruah orang lain menerusi setiap interaksi dalam talian,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement