KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menetapkan syarat dalam lesen mengenai tanggungjawab Digital Nasional Berhad (DNB) berkaitan harga capaian 5G bagi memastikan kos perkhidmatan yang ditawarkan munasabah.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan peruntukan undang-undang turut memberi kuasa kepada MCMC untuk menetapkan kos perkhidmatan borong yang ditawarkan syarikat telekomunikasi.
"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut memberi kuasa kepada MCMC untuk menetapkan harga borong melalui Standard Mandatori mengenai Harga Capaian.
"Ini bagi memastikan harga perkhidmatan borong yang ditawarkan adalah adil dan munasabah dan seterusnya harga runcit untuk perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah berpatutan," menurut jawapan KKMM.
Kementerian itu memberi maklum balas kepada soalan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) mengenai usaha kerajaan dalam menentukan harga perkhidmatan syarikat telekomunikasi selepas pelan 5G dilancarkan.
Selain itu, beliau turut bertanyakan mengenai sumber tenaga yang diperlukan bagi pengoperasian stesen pangkalan 5G memandangkan sebuah stesen pangkalan 5G dikatakan memerlukan dua kali ganda sumber tenaga berbanding stesen pangkalan 4G.
KKMM memaklumkan laporan kajian oleh pembekal peralatan seperti Ericsson dan Nokia mendapati secara amnya, kadar penggunaan tenaga sesebuah pemancar 5G adalah lebih rendah dan lebih efisyen berbanding mana-mana generasi rangkaian teknologi mudah alih sebelumnya.
"Keperluan tenaga elektrik bagi rangkaian 5G yang dibangunkan oleh DNB akan menggunakan kadar tenaga elektrik yang lebih rendah berbanding rangkaian 4G sedia ada.
"Ini adalah kerana secara amnya rangkaian 5G akan menggunakan hanya dua jalur frekuensi utama (700MHz dan 3.5GHz) berbanding rangkaian 4G yang menggunakan tiga atau empat jalur frekuensi (900MHz, 1,800MHz, 2,100MHz dan 2,600MHz)," menurut jawapan itu.
Kementerian itu memaklumkan perkara berkenaan diberi perhatian dalam laporan Pasukan Petugas 5G Malaysia pada 2019 serta menjelaskan kadar penggunaan tenaga rangkaian 5G bergantung kepada beberapa faktor termasuk konfigurasi rangkaian, jenis peralatan, bilangan pengguna dan lain-lain.
KKMM turut memaklumkan sistem radio pemancar 5G atau 5G New Radio (5GNR) mempunyai ciri-ciri penggunaan tenaga yang efisyen dan boleh mengaktif atau menyahaktifkan pemancar mengikut keperluan berbanding pemancar 4G yang sentiasa dalam keadaan aktif.
Selain itu, pendekatan rangkaian borong tunggal yang diambil kerajaan juga dapat menangani isu keperluan tenaga elektrik yang tinggi kerana pertindihan infrastruktur dapat dielakkan,
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Laporan kajian oleh pembekal peralatan mendapati secara amnya, kadar penggunaan tenaga sesebuah pemancar 5G adalah lebih rendah dan lebih efisyen berbanding generasi rangkaian teknologi mudah alih sebelumnya. - Gambar/ Astro AWANI

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Percepatkan rangkaian 5G sama rata untuk semua, termasuk PPR - Mahasiswa
Tahap akses internet dan kesalinghubungan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika ini masih menggusarkan sehingga menjejaskan proses pembelajaran.

Kerajaan pastikan khidmat syarikat penyedia rangkaian kedua 5G terbaik - PM
Rangkaian, keselesaaan pengguna dan kos bayaran antara isu yang akan terus dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memastikan operasi telekomunikasi terutama 5G.

5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.

Rangkaian 5G capai hampir 60 peratus di Malaysia - Fahmi
Peratus capaian rangkaian 5G bagi negeri Sarawak pula telah mencapai 34 peratus.

Duta asing sambut baik dasar 5G negara - Fahmi
Duta-duta asing menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan terhadap dasar 5G negara, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Dwirangkaian 5G manfaatkan industri menerusi tawaran penyelesaian perusahaan MNO - Fahmi
Ia membolehkan MNO menyediakan penyelesaian perusahaan berbeza yang bersesuaian dengan pelanggan khusus mereka.

Rangkaian 5G DNB akan terus digunakan meskipun negara beralih kepada dwirangkaian 5G - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata langkah itu selari dengan penubuhan DNB yang bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Model dwirangkaian 5G, langkah tingkat kecekapan liputan kepada pengguna
Persaingan yang sihat antara dua rangkaian 5G tersebut akan membuka peluang kepada liputan yang lebih menyeluruh.

Pelan liputan rangkaian 5G negara pada landasan tepat, seperti dirancang
Tidak timbul unsur monopoli mutlak kerana perkhidmatan 5G ditawarkan kepada pengguna turut melibatkan pelbagai syarikat telekomunikasi lain.

Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi
Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus.