Skip to main content

Dunia

Serangan AS-Israel musnah lebih 85,000 kawasan awam di Iran - Ketua Bulan Sabit Merah

A view of a residential building that was damaged by a strike, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 23, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Lebih 85,000 kawasan awam musnah sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat(AS)-Israel. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Lebih 85,000 kawasan awam musnah sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat(AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi memetik Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Rabu.

Pirhossein Kolivand berkata, 85,176 lokasi awam terjejas termasuk 64,583 unit kediaman dan 19,690 hartanah komersial, lapor Agensi Berita Mehr.

Advertisement

Wilayah Tehran mengalami kerosakan paling teruk, katanya, sambil menambah 282 pusat perubatan dan 600 sekolah menjadi sasaran.

Kolivand berkata, tindakan sedemikian termasuk dalam "jenayah perang" di bawah Konvensyen Geneva.

AS dan Israel telah meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, mengorbankan setakat ini lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei. 

Tehran bertindak balas  dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video