Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperkasa dan meneliti dasar-dasar baharu dalam memastikan industri pos dan kurier negara dapat bersaing secara mampan.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Isnin berkata, jawatankuasa khas tersebut akan mengemukakan hala tuju industri dan pelan komprehensif ke arah memperkasakan industri pos dan kurier negara kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam tempoh 30 hari.
"Jawatankuasa ini terdiri daripada pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan yang antara objektif lain penubuhannya adalah memodenkan sistem poskod kebangsaan bagi meningkatkan tahap produktiviti di peringkat 'last mile' selain mempertingkatkan sistem keselamatan rangkaian pos dan kurier negara.
"Sebagai pengendali rangkaian 'last mile' dan penggerak utama dalam menjayakan agenda ekonomi digital dalam sektor e-dagang, industri pos dan kurier telah menyumbang sebanyak 6.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2017 berbanding 5.9 peratus pada 2015," menurut kenyataan itu.
MCMC turut menganggarkan kapasiti kendalian perkhidmatan kurier negara perlu dipertingkatkan dari sekitar 200 juta paket setahun kepada 1,000 juta paket setahun menjelang 2025.
Penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan Gobind selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Industri Perkhidmatan Pos dan Kurier serta wakil daripada Persatuan Syarikat-Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC), di sini, pada Isnin. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 18 2019
MCMC turut menganggarkan kapasiti kendalian perkhidmatan kurier negara perlu dipertingkatkan dari sekitar 200 juta paket setahun kepada 1,000 juta paket setahun menjelang 2025. - Gambar hiasan
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
MCMC tubuh jawatankuasa khas perkasa industri pos, kurier
Jawatankuasa itu turut akan meneliti dasar-dasar baharu dalam memastikan industri pos dan kurier negara dapat bersaing secara mampan.