CYBERJAYA: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi penerajui ekonomi digital, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini mengumumkan pelancaran Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama untuk penginovasi muda yang berbakat.
Pelancaran program in telah dirasmikan secara maya oleh Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Program ini fokus kepada pembangunan penginovasi masa depan menerusi kurikulum Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang akan memastikan pembangunan bakat teknologi yang konsisten untuk memenuhi keperluan ekonomi digital.
Pembangunan DIP merupakan hasil daripada kejayaan program Digital Ninja MDEC, inisiatif kulikurar
tambahan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5, yang diadakan semasa cuti sekolah dan program ini telah berjaya melahirkan 515 penginovasi muda berpotensi tinggi sejak lima tahun lalu.
“DIP adalah inisiatif penting yang berperanan merealisasikan matlamat dalam Rangka Tindakan
Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) iaitu untuk melahirkan pencipta dan penginovasi digital. Pelaksanaan program pendidikan menengah untuk murid pintar, yang mengguna pakai faktor utama kejayaan program Digital Ninja, tambahan kepada libat urus mampan antara murid, guru dan mentor industri, akan membantu untuk memupuk lebih ramai penginovasi di negara ini,” Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.
Sebahagian daripada usaha berterusan MDEC untuk mendorong peningkatan asas, kemahiran dan pengetahuan digital, DIP merupakan program penting dalam usaha untuk memperkenalkan arah tuju teknologi digital ke dalam kurikulum pendidikan, selaras dengan Gerakan #SayaDigital.
Gerakan #SayaDigital bertujuan untuk menambah baik kemahiran rakyat Malaysia untuk berjaya dalam ekonomi digital dengan mewujudkan kesedaran mengenai gaya hidup pintar, peluang sama rata dan teknologi digital kepada komuniti bandar dan luar bandar.
Laporan terbaharu oleh Bank Dunia yang bertajuk ‘Aiming High: Navigating Next Stage of Malaysia’s Development’ menjelaskan bahawa syarikat Malaysia yang melabur dalam inovasi teknikal telah mencapai kadar produktiviti yang lebih tinggi berbanding yang tidak melaksanakannya. Oleh itu, inisiatif seperti DIP sangat diperlukan untuk memupuk generasi penginovasi teknologi masa depan.
Dilengkapi dengan Ruang Pencipta Digital (Digital Maker Space) yang canggih, DIP dapat memupuk kreativiti para murid untuk menyelesaikan masalah terkini melalui teknologi digital dengan menyediakan lebih banyak peluang PBL dan bimbingan untuk memupuk kemahiran keusahawanan.
Selain itu, para murid juga didedahkan dengan program terkini dan kemahiran berkaitan lain yang menyentuh berkenaan Sains Data, Kecerdasan Buatan (AI), Kelesamatan Siber dan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih menerusi perjalanan pembelajaran di Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM.
“DIP merupakan kerjasama antara UKM dan industri, seperti MDEC dalam usaha untuk mengukuhkan
budaya digital berdasarkan lima nilai teras UKM. Budaya digital ini akan menggunakan pendidikan futuristik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ia menekankan terhapam ekosistem pendidikan yang dilengkapi dengan robot dan teknologi penciptaan dron, realiti terimbuh (augmented) dan maya, dan peralatan yang mendorong UKM menjadi peneraju pendidikan tinggi global.
“Saya berharap kerjasama ini akan menyumbang kepada transformasi pendidikan nasional. UKM akan
menyokong hasrat ini dengan mengasah bakat berkualiti bagi menyediakan pakar ICT untuk pembangunan ekonomi digital negara pada masa hadapan," kata Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pusat GENIUS @ Pintar Negara, UKM adalah institusi pendidikan untuk murid-murid berbakat yang berumur 12 hingga 17 tahun. Sebelum ini, program ini merangkumi hanya Aliran Sains untuk murid-murid yang berbakat.
"KPM sentiasa memainkan peranan aktif dalam menyediakan sistem pendidikan yang spesifik, mencabar dan holistik untuk memelihara para murid berbakat agar mereka dapat mencapai potensi optimum sehingga menjadi aset negara yang berharga.
“KPM sangat percaya bahawa kerjasama kukuh bersama UKM dan MDEC akan meningkatkan lagi matlamat KPM untuk mengembangkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi, mahir dan terkenal terutamanya dalam teknologi digital, ” ujar KPM menerusi satu kenyataan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai DIP, sila layari https://mdec.my/mydigitalmaker/futureinnovators-school/ dan untuk memohon, para murid perlu melengkapkan penilaian dalam talian UKM1 di http://ukm1.permatapintar.edu.my/.
Kenyataan Media
Tue Oct 05 2021
MDEC dengan kerjasama KPM dan UKM, hari ini mengumumkan pelancaran Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama untuk penginovasi muda yang berbakat.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.
Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing
Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.
Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.
MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.
Aplikasi seeNi dan Kliik pacu negara jadi pusat kandungan digital tempatan
Aplikasi seeNi dan Kliik menjadi platform terbaharu yang dilancarkan sebuah syarikat tempatan, Nu Ideaktiv bertujuan memacu industri kreatif dan digital.