awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
12/09/2014
23:25 MYT
Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery
MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.
Beliau berkata pelancaran satelit itu adalah untuk mengukuhkan lagi industri penyiaran bukan sahaja di negara ini malah juga beberapa negara di rantau Asia termasuk Australia.
"Tahniah kepada MEASAT, ia satelit ke-6 negara di orbit, merupakan satelit komunikasi untuk tujuan penyiaran, jangan salah faham ini bukan 'spy' satelit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya satelit komunikasi bernilai US$350 juta (RM1.12 bilion) itu akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat apabila ia sudah berada pada kedudukan yang betul di orbit.
Menurutnya Malaysia dijangka mendapat banyak manfaat hasil daripada pelancaran satelit tersebut khasnya dalam industri penyiaran dan komunikasi.
MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada 7.05 Khamis malam waktu tempatan (6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia).
MEASAT-3b akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Okt, adalah satelit MEASAT ketiga yang dilancarkan penyedia perkhidmatan pelancaran satelit, Arianspace berikutan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada 1996.
Dibangunkan oleh pembuat satelit Airbus Defence and Space di Toulouse, Perancis, MEASAT-3b mempunyai jangka hayat kira-kira 15 tahun.
Satelit ini mempunyai 48 transponder, dengan setiap satu lebar jalurnya berkapasiti 36 megahertz (Mhz) sekali gus menjadikan keupayaan satelit Ku-band kepada 84 transponder daripada 36 sekarang.
Ia akan melebarkan usaha MEASAT dalam perkhidmatan satelit penyiaran dan telekomunikasi di Malaysia, Indonesia, Australia dan Asia Selatan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery
#MEASAT
#satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan