PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang mempertimbangkan untuk menyelaras tempoh tamat moratorium bagi semua agensi pembiaya di bawah kementerian itu.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata ketika ini tempoh tamat moratorium adalah berbeza-beza bagi setiap agensi pembiaya yang tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.
"Kita tidak mahu moratorium di Bank Rakyat tamat pada bulan ini, Tekun Nasional pula bulan lain. Kita mahu semuanya diselaraskan," katanya yang akan berbincang dengan Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad berhubung perkara berkenaan.
Noh berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan surat penerimaan kemudahan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) SME Relief Program (SRP) Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Fasa 2 SME Bank di sini semalam.
Ditanya mengenai pelanjutan moratorium yang ketika ini diberi hingga hujung tahun ini, Noh berkata MEDAC sedang mempertimbangkan untuk melanjutkannya lagi.
Noh dalam pada itu meminta SME Bank untuk memudahkan urusan rayuan proses bayaran balik usahawan bagi membolehkan mereka membangunkan kembali perniagaan yang terjejas.
"Bantulah mereka, kalau ada tindakan undang-undang atau tindakan yang menyusahkan usahawan ini, diharapkan SME Bank dapat berikan pertimbangan. Kita kena beri ruang kepada mereka untuk bernafas semula," katanya.
Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut, Noh berkata MEDAC telah menawarkan bantuan bersasar SRP PEMULIH kepada 4,142 usahawan dengan pembiayaan sebanyak RM5.8 bilion sejak Julai hingga Disember 2021.
Hari ini, katanya 10 usahawan dari sektor perhotelan, pengangkutan awam dan komersial serta pengendali taman hiburan menerima surat penyertaan SRP PEMULIH Fasa 2 melibatkan peruntukan sebanyak RM349.6 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Noh menyampaikan ucapan semasa majlis penyerahan surat SME Relief Program (SRP) PEMULIH Fasa 2 SME Bank 2021 di Putrajaya, 20 Okt, 2021. --fotoBERNAMA

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Reka Bentuk Baharu | Australia ganti ilustrasi Raja dari wang kertas 5 dolar
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.

Tunggu dulu, saya masih dalam edah - Noh Omar
Tan Sri Noh Omar masih belum membuat sebarang keputusan berhubung hala tujunya selepas dipecat daripada parti.

'Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang. Unbowed, unbent, unbroken' - Khairy
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin beliau tidak tunduk, tidak bengkok dan tidak putus meskipun tindakan pemecatan keahlian UMNO yang dikenakan terhadapnya pada Jumaat.

UMNO gantung keahlian Noh Omar selama enam tahun
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) membuat keputusan untuk menggantung keahlian bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar daripada parti itu selama enam tahun.

Noh Omar, Zuraida, Jamal Abdillah, Ridhuan Tee antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz turut disenaraikan, umum Tan Sri Annuar Musa.

Pasca PRU15: Megat Zulkarnain ganti Noh sebagai Pengerusi UMNO Selangor
Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Rabu lepas, dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

'Salah buat keputusan, orang Melayu pulau UMNO' - Noh
Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya jawatankuasa perunding salah membuat keputusan, ia dikhuatiri memberi kesan kepada parti tersebut.

PRU15: Giliran Noh letak jawatan, gesa Zahid berundur
Noh tidak puas hati dengan kepimpinan Ahmad Zahid yang mengakibatkan BN kalah teruk pada PRU15.

PRU15: Habibah nafi berlaku sabotaj dalam parti, masih dibantu Noh
Tidak berlaku sabotaj dalam parti susulan pemilihan calon baharu Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Karang.

PRU15: Noh terima keputusan parti, akui terguris cara disingkirkan
Sebagai ahli yang setia, Noh tidak akan sesekali melawan parti yang banyak berjasa kepadanya.