awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEDAC sedia beri pinjaman kepada nelayan menerusi Tekun Nasional

Bernama
Bernama
31/10/2021
19:57 MYT
MEDAC sedia beri pinjaman kepada nelayan menerusi Tekun Nasional
Tan Sri Noh Omar berucap ketika Sambutan Road to Jubli Emas 50 Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin Nelayan di Kompleks LKIM Kuala Selangor pada Ahad. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menawarkan pinjaman menerusi agensinya, Tekun Nasional, kepada golongan nelayan untuk dijadikan modal bagi memasarkan hasil laut mereka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata selain itu, nelayan turut digalakkan mempelbagaikan sumber pendapatan serta menumpukan aktiviti kepada pelancongan yang dilihat mampu menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
"Kita sedia bekerjasama dengan nelayan memandangkan apabila menjual ikan, mereka ditakrifkan sebagai usahawan dan sekiranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberikan geran yang tidak mencukupi, mereka boleh bekerjasama dengan Tekun Nasional untuk memperolehi pinjaman dan boleh mengembangkan perniagaan," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata demikian pada sambutan 'Road to Jubli Emas 50 Tahun LKIM' serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin Nelayan.
Noh berkata nelayan di kawasan Kuala Selangor boleh menjana pendapatan sampingan dalam pelancongan ekologi dengan berlatarbelakangkan keindahan semula jadi habitat bangau yang menjadi tarikan pelancong serta pertunjukan bot berhias pada waktu malam.
Sementara itu, Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata pejabat LKIM Selangor yang berpusat di Seksyen 11, Shah Alam akan berpindah ke Kompleks LKIM di sini tahun hadapan supaya berhampiran dengan aktiviti nelayan.
"Justifikasi pemindahan pejabat adalah supaya pegawai lebih intim dengan nelayan dan boleh tengok peluang apa yang ada untuk nelayan dengan lebih dekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Medac
#nelayan
#TEKUN Nasional
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan