KUALA LUMPUR: Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan yang tidak dapat membayar balik pinjaman mereka buat masa ini.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata ini bukan masanya untuk melakukan langkah sedemikian, sebaliknya usahawan terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu dibantu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.
"Kita tidak akan ambil tindakan undang-undang, bukan masanya. Nak bagi bankrap ke, gulung tikar ke, tak boleh. Kalau nak buat lepas enam bulan nanti baru kita buat, sekarang bukan masanya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi MEDAC di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kementerian memahami keadaan usahawan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan kini dalam proses membangunkan semula perniagaan mereka setelah pelbagai kelonggaran diberikan kerajaan.
Sementara itu katanya agensi di bawah MEDAC juga diseru mengurangkan karenah birokrasi bagi meluluskan pinjaman kepada usahawan yang memerlukan pembiayaan untuk memperbaiki perniagaan mereka.
"Kita akan tambah baik, saya boleh bantu melalui agensi di bawah kementerian saya, CTOSS, CRISS ke, tidak perlu diambil kira. Begitu juga jangan dikenakan apa-apa caj atau interest," katanya.
Mengenai masa depan bakal usahawan yang menjalani kursus dengan MEDAC, Noh berkata pihak kementerian berusaha agar mereka terus diberi geran untuk memulakan perniagaan sebaik tamat kursus, bukan hanya mendapat sijil.
Jika geran tidak mencukupi mereka boleh diberikan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), katanya.
Sementara itu Noh berkata setakat tiga bulan lepas MEDAC telah membantu 220,241 usahawan dan koperasi memulihkan perniagaan mereka, melepasi sasaran asal iaitu 188,345 usahawan.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM195,36,300 kepada MEDAC selepas 22 Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu pada peringkat jawatankuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Noh Omar berkata ini bukan masanya untuk melakukan langkah sedemikian, sebaliknya usahawan terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu dibantu agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.
Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.
Peruntukan kepada PKMS tidak bererti jika berhadapan birokrasi - Gapan
Peruntukan kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) seperti yang diumum di dalam Bajet 2022 tidak membawa erti jika penyaluran bantuan tersebut lambat dan berhadapan birokrasi.
CBP bakal perkenal produk baharu perbankan runcit - Noh Omar
RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus.
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025
MEDAC sasar wujud 18,000 peluang kerja dalam francais menjelang 2025 | Dagang News
Usahawan, koperasi terkesan akibat pandemik disasar carum Perkeso - Noh Omar
Lebih 190,000 usahawan dan koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 disasar untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
Kerajaan komited bantu ekonomi gerakkan koperasi - Mas Ermieyati
Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menunjukkan tindak balas responsif dalam menjamin kelangsungan ekonomi sektor koperasi khasnya dan negara amnya.
PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Kata Ibrahim, SKM melalui Medac mendapatkan kelulusan daripada KKM dan MKN untuk membenarkan koperasi bersesuaian menjalankan aktiviti ekonomi semasa PKP.