awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Medan SK318 Timi di Sarawak berjaya catat pengeluaran gas pertama

Dagang News
Dagang News
28/08/2023
04:00 MYT
Medan SK318 Timi di Sarawak berjaya catat pengeluaran gas pertama
Blok SK318 dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad dengan 75% kepentingan, dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn. Bhd. (15%) dan Brunei Energy Exploration (10%). - Foto Petronas
KUALA LUMPUR: Petronas mengumumkan medan minyak Timi di Blok SK318, terletak kira-kira 200km di luar pantai Sarawak, telah berjaya mengeluarkan gas pertamanya pada 22 Ogos 2023.
Blok SK318 dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad dengan 75% kepentingan, dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn. Bhd. (15%) dan Brunei Energy Exploration (10%).
Pembangunan medan Timi terdiri daripada platform tetap kepala telaga baharu yang disambungkan ke hab pengeluaran F23 melalui saluran paip sepanjang 80 kilometer.
Dipasang di kedalaman air kira-kira 143 meter, ia merupakan platform tetap paling dalam di Malaysia setakat ini. Kedua-dua bahagian atas dan substruktur direka secara tempatan, direka bentuk tanpa pemandu dan dikuasakan oleh sistem tenaga hibrid solar dan angin.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, “Kami gembira Shell dapat mengoptimumkan pembangunan Timi, platform yang mampu menghasilkan sehingga 300 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menggunakan kurang daripada 5kW penjanaan kuasa berterusan.
“Kami amat berbangga dengan kerjasama kami dengan Kontraktor Blok SK318 dan penyedia perkhidmatan mereka, yang gigih menyiapkan projek dalam tempoh singkat dua tahun sejak FID dalam tempoh yang bertepatan dengan pemulihan pasca pandemik COVID-19.
"Pencapaian ini tidak mungkin dapat diraih tanpa sokongan padu Kerajaan Negeri Sarawak – penjelmaan sebenar semangat kerjasama yang wujud dalam industri huluan Malaysia,” tambahnya.
Penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih untuk menggerakkan kemudahan luar pesisir Malaysia merupakan komponen utama strategi MPM dalam mewujudkan industri huluan yang lebih mampan.
Petronas, melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti petroleum huluan dalam memenuhi permintaan tenaga pelanggannya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#PETERONAS
#Timi Blok SK318
#Sarawak
#Gas Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan