PUTRAJAYA: Versi baharu sistem aplikasi yang berfungsi melaksanakan aktiviti kawal selia prapasaran peranti perubatan, Medical Device Centralised Online Application System (MeDC@aSt 3.0), akan siap dibangunkan sepenuhnya pada 2026, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Dr Muhammad Radzi berkata MeDC@aSt 3.0 yang ditambah baik daripada sistem terdahulu dengan penambahan sembilan modul utama termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, chatbox, pengukuhan keselamatan sistem serta mempercepatkan pemprosesan pelesenan dan pendaftaran.
"Kos pembangunan sistem yang dianggarkan sebanyak RM20 juta ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula 2025," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani khidmat perundingan pembangunan MeDC@aSt 3.0 antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) di sini hari ini.
MeDC@St merupakan sistem aplikasi yang mengawal selia urusan permohonan lesen penjualan dan pengiklanan peranti perubatan dengan mengguna pakai Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Akta 738).
MeDC@St mula digunakan MDA pada 1 Julai 2013, sebelum ditambah baik pada 3 Jan 2019 dan 1 Feb 2022.
MDA merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang ditubuhkan pada 2012 di bawah Akta 738 dan bertanggungjawab melaksanakan dan menguatkuasakan Akta 737.
Dr Muhammad Radzi berkata kerjasama dengan MAMPU adalah bagi membantu MDA dalam membangunkan spesifikasi keperluan bisnes dan spesifikasi keperluan sistem menggunakan garis panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) dalam tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Rodzi Md Saad menyifatkan inisiatif pembangunan MeDC@St sebagai memperkasakan sistem pendigitalan sektor awam selaras Teras 2 Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 iaitu peneraju perkhidmatan digital inklusif dan bersepadu.
"Penambahbaikan sistem sedia ada merupakan elemen penting bagi melonjakkan penyampaian perkhidmatan digital sektor awam kepada rakyat agar lebih telus dan berintegriti," katanya.
Rodzi berkata jalinan kerjasama antara MAMPU dengan MDA itu diharapkan dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan e-Kerajaan (EGDI) iaitu ke-53 daripada 193 negara tahun lepas.
EGDI bertujuan mengukur kemampuan dan kesediaan negara memanfaatkan penggunaan teknologi komunikasi dan komputer dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan kekerapan penilaian setiap dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Dr Muhammad Radzi berucap pada Majlis Menandatangani Piagam Projek Khidmat Perundingan Pembangunan Sistem Aplikasi Medical Device Centralised Online Application System - MeDC@St 3.0 di Dewan Serbaguna Kementerian itu hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MEDC@aSt 3.0 siap dibangun sepenuhnya pada 2026 - KP Kesihatan
Versi baharu sistem aplikasi yang berfungsi melaksanakan aktiviti kawal selia prapasaran peranti perubatan MeDC@aSt 3.0, akan siap dibangunkan sepenuhnya pada 2026.