KUALA LUMPUR: Pihak media perlu diberi ruang untuk memainkan peranan sebagai pihak yang membantu 'semak dan imbang' serta mengetengahkan isu berkaitan kelemahan tadbir urus," kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, agensi media milik kerajaan dan swasta turut diingatkan supaya berkhidmat demi kepentingan rakyat dan bukan untuk memenuhi agenda tersembunyi atau kepentingan peribadi.
"Asalkan inisiatifnya jelas, jenis laporan, aktiviti kewartawanan, jika itu cara berkhidmat untuk rakyat, ia akan memberi faedah kepada negara.
"Apabila media mula bertindak bagi pihak lain, individu atau atas kepentingan, kami perlu menilai mereka untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan prinsip tadbir urus yang baik," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan kini cuba menyekat kebebasan media, beliau berkata: "Tidak, kami bukan cuba untuk menyekat kebebasan media, kami cuba untuk menghentikan fitnah. Rasuah adalah rasuah, walaupun anda mengatakan ia sedekah."
Fahmi berkata, kementerian sedang bekerjasama erat dengan penyedia perkhidmatan media sosial dan mereka dimaklumkan mengenai undang-undang dan budaya Malaysia yang perlu mereka akui dan beroperasi dalam ruang lingkupnya.
Beliau berkata, kebanyakan platform media dilengkapi program kecerdasan buatan untuk menyaring dan mengasingkan bahan yang bercanggah dengan garis panduan komuniti platform itu, seperti yang dilihat di negara lain iaitu pengguna menyalah guna ciri strim langsung beberapa aplikasi untuk menayangkan pembunuhan secara langsung dan selepas itu platform tersebut menemukan cara automatik untuk membendungnya.
"Kami tiada niat untuk menghentikan operasi atau membendung penggunaan (media sosial) tetapi sesiapa yang melanggar undang-undang, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta-merta.
"Contohnya, anda menulis atau memuat naik sesuatu yang bercanggah dengan garis panduan komuniti aplikasi itu. Garis panduan komuniti adalah cara aplikasi ini melaksanakan kebebasan bersuara dengan mematuhi undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kementerian untuk menangani isu kandungan berkaitan 3R - race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja) - yang dimuat naik pengguna di media sosial.
Ditanya mengenai cadangan supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan, beliau berkata ia bukan keutamaan buat masa ini, namun, undang-undang itu tidak harus disalah guna.
Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital dijangka mengumumkan berita baik buat media cetak dan pengguna berita Mei ini, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA).
HAWANA yang disambut pada 29 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023
Pihak media perlu diberi ruang untuk memainkan peranan sebagai pihak yang membantu 'semak dan imbang' serta mengetengahkan isu berkaitan kelemahan tadbir urus," kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Gambar BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.
Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.
Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.
Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.
Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.