awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media dihalang buat liputan kes cederakan pelajar

Bernama
Bernama
17/04/2025
08:35 MYT
Media dihalang buat liputan kes cederakan pelajar
Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon perintah larangan itu semasa prosiding berhubung jaminan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil hari ini. - Gambar hiasan
KAJANG: Pengamal media dihalang membuat liputan kes membabitkan seorang lelaki yang didakwa mencederakan seorang pelajar sekolah menengah akibat perselisihan faham semasa memandu ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon perintah larangan itu semasa prosiding berhubung jaminan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.
"Pihak pendakwaan memohon perintah larangan untuk menghalang mana-mana pihak termasuk media daripada menerbitkan, menyiarkan atau menyebarkan apa-apa yang berkaitan dengan kes ini sehingga kes selesai," kata Kalmizah.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak memberikan alasan terperinci berhubung permohonan itu.
Peguam Mohammad Syarifuddin Zaid, yang mewakili tertuduh berkata pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan.
Selepas majistret membuat keputusan itu, pihak media yang berada di galeri awam bagi membuat liputan sejak awal prosiding beredar dari mahkamah.
Semalam, pihak media menerima makluman dan jemputan bagi membuat liputan kes berkenaan di Mahkamah Majistret Kajang.
Pada 14 Mac, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun bagi membantu siasatan selepas tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pelajar mengalami kecederaan pada hidung apabila didakwa dipukul seorang lelaki akibat perselisihan faham semasa memandu di Saujana Impian di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abd Yusof berkata mangsa berusia 17 tahun membuat laporan polis pada 9.24 malam hari kejadian (14 Mac), memaklumkan dipukul suspek sekitar 2.15 petang.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak pada tulang batang hidung.
Siasatan turut mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen memandu dan telah dikenakan saman trafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media dihalang buat liputan
#cederakan seorang pelajar sekolah menengah
#perselisihan faham semasa memandu
#Saujana Impian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan