Skip to main content

Malaysia

Media rai hari lahir Noor Hisham dengan cara penjarakan sosial

71587469183_DatukDrNoorHisham.jpg
Petugas media yang menghadiri sidang media harian berkait COVID-19 meraikan ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun, keraian itu dilakukan secara normal baharu, iaitu dengan penjarakan sosial dalam kalangan mereka yang berada di dewan tersebut.

Salah seorang petugas media menghadiahkan muffin kepada Datuk Dr Noor Hisham. - Foto BERNAMA

Majlis bermula selepas selesai sidang media yang dikendalikan beliau apabila beberapa kek disampaikan kepada beliau seiring nyanyian hari lahir.

Ucapan sempena hari lahir ke-57 beliau itu melimpahi media sosial sejak tengah malam tadi sehinggakan #HappyBirthdayDGHisham trending di Twitter.

BACA: Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya

Advertisement

Must Watch Video