awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu

Bernama
Bernama
30/07/2024
21:00 MYT
Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu
Rahmad berkata, media sosial juga menjadi platform kepada penyebar hadis tanpa ilmu dan hanya menggunakan pandangan peribadi sehingga mengelirukan masyarakat Islam. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Kecanggihan teknologi maklumat dan multimedia khususnya menerusi media sosial antara cabaran besar dalam memerangi penyebaran hadis daif dan palsu secara sengaja atau sebaliknya.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, medium berkenaan juga menjadi platform kepada penyebar hadis tanpa ilmu dan hanya menggunakan pandangan peribadi sehingga mengelirukan masyarakat Islam selain merosakkan akidah serta menyebabkan perpecahan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam.
Justeru, usaha memerangi hadis daif dan palsu perlu dilakukan di pelbagai peringkat seperti program wacana hadis bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Islam berkaitan isu itu.
"Program wacana hadis anjuran Jabatan Mufti Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka hari ini (Selasa) menjadi wadah perkongsian ilmu berkaitan hadis daif dan bahaya menyamakan kedua-duanya.
"Program ini juga membuka ruang kepada pakar hadis berkongsi ilmu dan menguraikan pandangan serta menjelaskan isu hadis semasa kepada peserta dan ilmu berkenaan perlu disebarluaskan kepada masyarakat lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Program Wacana Hadis sempena Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2024M yang turut dihadiri Timbalan Mufti Melaka, Hazarudin Badarudin.
Rahmad berkata, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sentiasa memantau ceramah agama yang diadakan di negeri itu bagi memastikan penceramah mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan negeri.
Beliau berkata, ia juga bagi memastikan penceramah yang berdakwah mempunyai tauliah dan menyampaikan ceramah atau ilmu agama yang tidak menyeleweng.
"Penceramah berkenaan perlu mendapatkan tauliah mengajar daripada MAIM serta menjelaskan isi kandungan ceramah yang akan disampaikan.
"Setakat ini, di Melaka tiada aduan berkaitan penceramah tidak bertauliah menyampaikan ilmu agama secara terang-terangan tetapi di peringkat kecil kecil seperti di surau ada dilaporkan dan tindakan segera diambil bagi membendung perkara sama berulang," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#cabaran terbesar
#hadis palsu
#Rahmad Mariman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan