Kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan pembekuan aset terhadap mana-mana majikan yang didapati bersalah melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata pelaksanaan tindakan itu berpotensi mengundang masalah baharu, ia mungkin menyebabkan pekerja tempatan atau asing yang diambil bekerja secara sah di negara ini kehilangan sumber mata pencarian.
"Kalau aset syarikat dibekukan, ia akan membawa kesan besar terhadap pekerja lain. Contohnya majikan tidak dapat meneruskan operasi syarikat dan akan memberhentikan pekerja lain.
"Tindakan tersebut bukan hanya menjejaskan operasi syarikat berkenaan malah secara tidak langsung mendatangkan kesan tidak baik kepada pekerja. Mereka akan hilang pekerjaan," katanya kepada Bernama di sini.
Shamsuddin berkata demikian mengulas tindakan yang akan dilaksanakan Jabatan Imigresen membekukan aset majikan selaras dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 mengikut Seksyen 56(1), yang sudah lama wujud tetapi tidak dilaksanakan sebelum ini.
Pelaksanaan undang-undang itu dibuat setelah perkara tersebut dirujuk kepada penasihat undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan akta sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya.
Jabatan Imigresen dilaporkan akan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada mana-mana majikan terbabit untuk mematuhi undang-undang sebelum tindakan pembekuan aset dilaksanakan berkuat kuasa bulan depan.
Menurut Shamsuddin, beliau telah meneliti akta tersebut dan mendapati tiada sebarang peruntukan yang membenarkan pihak berkuasa membekukan aset majikan yang melindungi atau menggaji PATI.
"Bagi kesalahan melindungi seorang hingga lima PATI secara sengaja, majikan terbabit akan dikenakan denda tidak kurang RM10,000 tapi tidak lebih RM50,000 bagi setiap PATI atau penjara tidak kurang enam bulan tapi tidak lebih lima tahun.
"Bagi majikan yang melindungi lebih daripada lima PATI secara sengaja boleh didenda minimum RM10,000 tapi tidak lebih RM50,000 bagi setiap PATI atau penjara tidak kurang enam bulan tapi tidak lebih lima tahun atau rotan tidak lebih enam sebatan," katanya.
Tambah Shamsuddin, bagi kesalahan bersubahat dengan PATI pula, majikan yang didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Saya tidak pasti dari mana peruntukan itu diambil bagi melaksanakan pembekuan aset. Saya rasa tiada kuasa pembekuan aset di bawah seksyen 56 (1)," katanya.
Pendapat yang sama turut dikongsi Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Yong Poh Kon yang mencadangkan agar kerajaan memperhalusi cadangan itu untuk mengelak sebarang implikasi jangka panjang terhadap industri dan pekerja lain.
"Walaupun boleh difahami bahawa masalah pekerja haram perlu ditangani, ia hanya adil jika industri tidak terlalu disekat dalam mendapatkan sumber pekerja yang sah untuk memenuhi keperluannya," kata beliau.
Yong berkata kerajaan perlu mengkaji semula program untuk menghalalkan pekerja tanpa izin jika kerajaan serius untuk mengurangkan pekerja haram di negara ini.
"Peraturan dan prosedur bagi pengambilan dan lanjutan permit kerja hendaklah dikurangkan dan dipermudahkan. Program untuk menghalalkan pekerja tanpa izin belum lagi berjaya kerana prosedur yang ketat dan mahal," tambah beliau.
Sementara itu, Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyokong tindakan yang bakal dilaksanakan Jabatan Imigresen dengan menyifatkan ia sebagai suatu tindakan tepat dan setimpal.
Beliau berpendapat bahawa tindakan tegas itu dapat membantu Jabatan Imigresen mengawal selia PATI di negara ini dengan lebih efisien.
"Tindakan ini tepat kerana ia dapat melindungi pekerja tempatan selain memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang selama ini 'dibolot' PATI termasuk yang masuk ke negara ini secara sah," katanya.
Menurut Abdullah Sani, tindakan berlandaskan undang-undang itu adalah dialu-alukan bagi menambah baik dan mempratik peruntukan akta sedia ada.
"Kami (MTUC) yakin melalui tindakan tegas ini dapat membuka mata majikan terbabit agar mengambil pekerja secara sah ataupun mengambil pekerja tempatan bagi membolehkan mereka menikmati faedah yang diwartakan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2016
SHAMSUDDIN: Kalau aset syarikat dibekukan, ia akan membawa kesan besar terhadap pekerja lain. - Gambar fail
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.