KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan agar segera mempercepatkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa Tiga dan Fasa Empat bagi memastikan kelangsungan perniagaan, terutamanya sektor bukan perlu seperti industri fesyen, tekstil dan pakaian.
Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan berkata kawalan pergerakan berterusan yang telah "kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan."
"Selain industri fesyen, tekstil dan pakaian, banyak sektor perindustrian bukan perlu yang lain telah terjejas akibat kawalan pergerakan ini, termasuk sektor runcit, pelancongan dan hotel dan perkhidmatan.
"Kami bimbang situasi ini akan menjadi lebih buruk sekiranya sektor bukan perlu ini terpaksa ditutup semasa Fasa Satu dan Fasa Dua dalam PPN.
"Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk segera mengkaji semula nilai ambang PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara untuk mempercepatkan PPN kepada Fasa Tiga dan Fasa Empat tanpa ditangguhkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA), industri itu mengalami kerugian sebanyak RM163 juta sehari.
Syed Hussain berkata industri tekstil dan pakaian menyumbang nilai eksport bernilai RM27 bilion pada 2019 dan RM21 bilion pada 2020, namun, 15 peratus syarikat dalam sektor ini telah menutup operasi pada tahun lepas.
Katanya, lebih 30 peratus lagi kini di ambang kejatuhan akibat kekurangan aliran tunai dan masa depan yang tidak menentu.
"Rantaian bekalan industri fesyen, tekstil dan pakaian menggajikan kira-kira 500,000 pekerja dan pandangan bahawa kesemua 500,000 pekerja ini mempunyai risiko kehilangan pekerjaan kerana kawalan pergerakan yang berpanjangan adalah sesuatu yang membimbangkan," katanya.
Beliau berkata lebih 30 peratus peruncit mungkin kecundang sebelum Fasa Tiga dalam PPN dan menyebabkan kira-kira 150,000 pekerja akan diberhentikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Syed Hussain berkata lebih 30 peratus peruncit mungkin kecundang sebelum Fasa Tiga dalam PPN dan menyebabkan kira-kira 150,000 pekerja akan diberhentikan. - Foto www.mef.org.my
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permohonan program rehabilitasi kepada ahli GISB dibuka semula - MKN
Kerajaan mengumumkan pembukaan semula pendaftaran bagi program rehabilitasi sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM
Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan
Kebanyakan APM daerah di Sabah dan Sarawak terpaksa menumpang di premis lain dan ada yang terpaksa beroperasi dari rumah kakitangan APM.
RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
"Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat" - Zulin Aziz
Pelakon, Zulin Aziz enggan memanjangkan masalah isu rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini.
Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan
Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.
MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan untuk membangunkan sebuah sistem yang komprehensif dalam memudahcara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.
Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.