awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik dan pelajar kolej ditahan, heroin bernilai RM10,000 dirampas

Bernama
Bernama
18/12/2015
10:57 MYT
Mekanik dan pelajar kolej ditahan, heroin bernilai RM10,000 dirampas
Dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas alat penimbang digital, tiga buah telefon bimbit serta sebuah kereta. - Gambar hiasan
Seorang mekanik dan pelajar kolej ditahan dan heroin seberat 520 gram bernilai lebih dari RM10,000 dirampas daripada mereka semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata kedua-duanya yang berusia 32 tahun dan 20 tahun ditahan di jalan susur masuk Plaza Tol Seremban-Labu.
"Suspek yang berusia 32 tahun yang bekerja sebagai mekanik didapati positif metamfetamin dan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan Ordinan Darurat dan Ordinan Pencegahan Jenayah.
"Manakala rakannya yang masih belajar di kolej didapati positif metamfetamin," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas alat penimbang digital, tiga buah telefon bimbit serta sebuah kereta.
Muhamad Zaki berkata siasatan akan diteruskan untuk menentukan sama ada rangkaian sindiket turut terlibat dan pihaknya percaya dadah tersebut dibawa dari Lembah Klang untuk dipasarkan di sekitar Seremban dan Nilai.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihak polis menahan seorang suspek berusia 23 tahun semalam di rumah sewanya di Ampangan.
"Ketika serbuan dilakukan, suspek sedang memasak daun ketum dipercayai untuk dijual kepada warga asing di sekitar daerah ini," katanya.
Beliau berkata dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas satu periuk besar yang di dalamnya terdapat daun dipercayai daun ketum yang telah dimasak dengan anggaran berat lima kilogram.
Turut dirampas ialah 29 bungkusan plastik berisi cecair yang dipercayai air ketum, sebekas tong plastik berisi air ketum yang belum dibungkus, satu beg plastik yang berisi daun ketum dengan berat 5.1 kilogram, satu dapur gas dan satu bekas jag plastik, katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#metamfetamin
#Muhamad Zaki Harun
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan