awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut dihempap gerabak lori 10 tan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2022
23:23 MYT
Mekanik maut dihempap gerabak lori 10 tan
Mangsa maut akibat dihempap gerabak lori 10 tan dalam kejadian di kawasan lapang di Jalan Bundusan, Penampang pada Isnin. - Foto Sinar Harian
PENAMPANG: Seorang mekanik maut dihempap gerabak lori ketika sedang membaiki kenderaan itu dalam kejadian di kawasan lapang, Jalan Bundusan di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Suhilin Amat @ Ahmad, 58, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.21 petang.
"Kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja akibat tersepit di bawah gerabak sebuah lori.
"Hasil siasatan mendapati, mangsa tersepit di bawah gerabak lori yang disyaki rosak," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.23 pagi.
"Difahamkan mangsa ketika kejadian sedang membaiki enjin lori jenis 'hydraulic' 10 tan namun dihempap kenderaan itu dan operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#mekanik
#dihempap
#meninggal dunia
#gerabak lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan