Atasi dahulu "krisis integriti" dalam kalangan ahli politik negara ini sebelum melaksanakan sebarang mekanisme berkenaan pembiayaan politik, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar.
Beliau berkata selagi ada krisis integriti ahli politik maka sebarang mekanisme ataupun undang-undang menentang amalan rasuah dan salah guna kuasa akan sukar dicapai serta tidak membantu memperbetulkan persepsi masyarakat berhubung isu itu.
"Ini bukan masalah undang-undang atau mekanisme, (tetapi) tiada integriti dalam kalangan ahli politik.
"Walaupun ada pelbagai undang-undang atau mekanisme sekalipun, kena cari jalan atasi masalah integriti," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Akhbar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan masih mengkaji mekanisme terbaik berhubung pembiayaan parti-parti politik di negara ini.
Mekanisme itu bertujuan memastikan tidak berlaku kegiatan rasuah dalam pengurusan parti-parti politik kerana rasuah terbesar negara dipercayai melibatkan kalangan parti politik.
Jelas Akhbar, budaya integriti perlu ada pada setiap ahli politik kerana mereka terdiri pemimpin masyarakat dan menentukan budaya dan perjuangan parti masing-masing.
Penganalisis politik Dr Syed Agil Syed Alsagoff pula mencadangkan penubuhan sebuah badan bebas bagi memantau dan mengawal selia dana politik yang diterima parti politik di negara ini.
Katanya penubuhan badan itu perlu diletakkan di bawah Parlimen bagi membolehkan setiap pergerakan kewangan parti dilapor dan diisytihar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Badan ini juga akan mengeluarkan kod etika yang perlu diikuti oleh parti politik berhubung penggunaan dana politik selain mempunyai bahagian mediasi bagi menghakimi sebarang bentuk aduan salah guna kuasa yang dilakukan parti politik ini," katanya.
Dr Syed Agil yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, mengakui setiap parti politik memerlukan dana antaranya sumbangan pelbagai pihak untuk menggerakkan aktiviti mereka, namun maklumat keluar-masuk dana perlu dipantau bagi mengelakkan penyelewengan.
"Kod etika ini dapat menjamin dana parti digunakan secara telus dan berfaedah kepada ahli dan parti," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata selain model dari Jerman yang boleh menjadi rujukan kerajaan berhubung pelaksanaan mekanisme telus penyaluran dana, dicadangkan parti politik juga boleh mewujudkan yayasan masing-masing.
Katanya penubuhan yayasan khas untuk mengurus dana politik mengikut peraturan yang ditetapkan adalah lebih mudah untuk dilaksanakan.
Tian Chua berharap apa sahaja mekanisme yang diputuskan perlu adil kepada semua parti politik termasuk pembangkang tanpa memberi sebarang kelebihan kepada parti politik kerajaan.
Berhubung pelaksanaan model Jerman yang mendapat perhatian daripada kerajaan, beliau berkata mekanisme model itu membolehkan kerajaan memberi peruntukan dana politik mengikut peratusan sokongan yang diraih oleh sesuatu parti politik dalam pilihan raya.
"Ia diagih mengikut peratusan sokongan rakyat dalam pilihan raya, jika parti mendapat sokongan 30 peratus maka, dana yang dapat juga 30 peratus. Menerusi kaedah ini rakyat yang putuskan jumlah dana untuk parti," katanya.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pula berharap kerajaan mengkaji semula beberapa peraturan pilihan raya umpamanya berkaitan jumlah kewangan yang boleh digunakan oleh calon peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018
Akhbar berkata, budaya integriti perlu ada pada setiap ahli politik kerana mereka terdiri pemimpin masyarakat dan menentukan budaya dan perjuangan parti masing-masing. - Gambar fail
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.