PASIR MAS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih mengekalkan mekanisme dan dasar sama seperti sebelum ini, dalam mengawal kenaikan harga makanan di pasaran, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan terutamanya ketika berdepan pandemik COVID-19 ketika ini mendorong berlakunya kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh faktor-faktor lain.
"Suasana pada masa terdahulu sangat berbeza dengan suasana masa sekarang...saya tidak nampak polisi masa itu dan polisi masa sekarang berbeza daripada segi kawalan harga makanan," katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan ke Perusahaan Arnab, di sini hari ini.
Che Abdullah berkata pihaknya mengakui harga barang di pasaran sentiasa meningkat akibat daripada inflasi dan beberapa faktor antaranya disebabkan kos pengangkutan dan makanan haiwan ternakan.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta kementerian berkaitan bagi mengatasi kenaikan harga makanan seperti ayam, sayur dan barangan makanan lain.
"MAFI juga berharap tidak ada pihak memanipulasi atau mengambil kesempatan pada musim ini untuk mencari keuntungan," katanya.
Sementara itu, Che Abdullah berkata bekalan daging sepanjang tempoh Ramadan hingga Aidilfitri adalah mencukupi dengan bekalan daging lembu atau kerbau diperolehi daripada sumber penyembelihan tempatan bagi daging segar manakala sumber import bagi daging sejuk beku.
"Dianggarkan bekalan daging untuk perayaan Aidilfitri adalah sebanyak 36,000 tan metrik iaitu sebanyak 27,000 tan metrik sumber daging import dan 9,000 tan metrik daging segar tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021

Che Abdullah berkata pihaknya mengakui harga barang di pasaran sentiasa meningkat akibat daripada inflasi dan beberapa faktor antaranya disebabkan kos pengangkutan dan makanan haiwan ternakan. - Gambar fail

Dua senario perlu dipertimbang sebelum tukar subsidi pukal ke bersasar - Gabenor BNM
Indikator penting yang perlu dipertimbang adalah apabila negara tidak lagi berdepan tekanan inflasi.

Rumah, kereta dan motosikal hangus dijilat api
Sebuah rumah di Kampung Serkam Darat terbakar 60 peratus manakala tiga motosikal dan satu kereta hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Permohonan Clare kemuka persoalan undang-undang adalah pramatang - Mahkamah Tinggi
Permohonan Clare Rewcastle-Brown yang ingin mengemukakan persoalan undang-undang di mahkamah berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya mengikut perlembagaan adalah bersifat pramatang.

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal itu, semua kenyataan yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej Melaka.

PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah
Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.

Program SMART SBB Bernas pertingkat hasil mutu padi tempatan
Program SMART SBB Bernas yang digerakkan itu adalah seiringan dengan matlamat MAFI untuk meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus.

MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022
Beberapa memorandum persefahaman (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Empat dimensi utama jadi ukuran pastikan sekuriti makanan berterusan
Empat dimensi utama akan menjadi ukuran dalam memastikan sekuriti makanan negara mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.

NAFAS, LPP dibenar import bekalan ayam
Ketika ini, antara negara pengeluar bekalan ayam diberi kelulusan adalah termasuk Thailand, China, Brazil dan Belanda.

Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun
Kemasukan keratan ayam juga meningkat sebanyak 30 peratus bulan lepas kepada 10,200 tan metrik daripada 7,800 pada Mei.

Batal lesen, permit bot sekiranya terbabit bawa pelacur - MAFI
MAFI akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.

Harga siling ayam: Situasi menang-menang buat pengguna, penternak
Penetapan harga siling bagi penjualan ayam adalah satu pendekatan situasi menang-menang buat pengguna dan juga penternak, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Cadang wujud pertanian bandar di Kuala Lumpur - Presiden Majlis Belia KL
Usaha sebegitu perlu dilakukan memandangkan sekuriti makanan kini menjadi antara topik perbualan hangat di Malaysia yang turut menjejaskan penduduk di ibu kota.

MAFI, KPDNHEP adakan mesyuarat khas esok bincang bekalan, harga ayam
Ini susulan keputusan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.