KUALA LUMPUR: Susulan mendapat sambutan memberangsangkan tahun lepas, Liga Esukan Malaysia (MEL) dijangka menjadi tumpuan pencinta permainan sukan maya, mulai 12 Sept hingga 3 Dis ini.
Esports Integrated (ESI) dalam kenyataan memaklumkan penganjuran edisi 2022 itu yang dikenali sebagai MEL22, menawarkan hadiah berjumlah RM299,500 selain bertujuan menyediakan platform bagi bakat sukan elektronik negara bersaing serta mempamerkan kebolehan mereka.
"MEL22 akan dibahagikan kepada tiga siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 yang menampilkan tiga tajuk permainan - Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown's Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FF).
"Seterusnya, Siri Terbuka MEL22 menampilkan tiga tajuk permainan - Dota 2, FIFA23 dan Valorant, diikuti Para MEL22 dengan tajuk permainan akan diumumkan tidak lama lagi melalui akaun media sosial ESI," menurut kenyataan itu.
Menurut ESI, Siri MEL22 Regular adalah untuk membolehkan peminat e-sukan di peringkat akar umbi bersaing di peringkat negeri (Liga Negeri MEL22) dan kemudian mewakili negeri mereka di peringkat kebangsaan.
Siri Terbuka MEL22 pula akan menjadi kejohanan terbuka untuk semua pemain dari pelbagai peringkat seperti amatur, separa profesional dan profesional, manakala Para MEL22 adalah kesinambungan kejohanan Orang Kurang Upaya (OKU) ESI, yang memberi peluang kepada peminat sukan elektronik OKU.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan sama berharap MEL22 mampu meneruskan kejayaan edisi tahun lepas yang menarik penyertaan seramai 50,000 individu serta meraih hampir 1.2 juta tontonan di laman sosial.
Dalam pada itu, Naib Presiden Operasi dan Pertumbuhan ESI Fadzli Rahim percaya penganjuran MEL22 akan menarik lebih ramai peminat, terutama belia, bersaing dan menceburi pertandingan e-sukan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
Penganjuran MEL22 akan menarik lebih ramai peminat, terutama belia, bersaing dan menceburi pertandingan e-sukan tempatan.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.