awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka anjur sambutan besar-besaran rai ketibaan pelancong domestik

Fareez Azman
Fareez Azman
13/10/2021
10:26 MYT
Melaka anjur sambutan besar-besaran rai ketibaan pelancong domestik
Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata majlis berkenaan akan diadakan di beberapa lokasi untuk meraikan pengunjung yang datang. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Melaka akan menganjurkan majlis sambutan secara besar-besaran sebagai simbolik pembukaan semula sektor pelancongan di negeri itu kepada pelancong domestik, pada 15 Oktober ini.
Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, majlis berkenaan akan diadakan di beberapa lokasi untuk meraikan pengunjung yang datang.
"Pada 15 Oktober 2021, kita akan buat sambutan pelancong domestik bermula di pintu masuk utama di Plaza Tol Ayer Keroh.
"Selain itu, majlis sambutan juga diadakan di Plaza Tol Simpang Ampat dan Perhentian Bas Melaka Sentral," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih sejuta pelancong tahun ini dan 5.6 juta pada tahun hadapan.
Jelasnya, pelbagai promosi pelancongan diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik memilih negeri itu sebagai destinasi percutian.
Antaranya Kempen Promosi Melakan Visit Melaka 3.0, Pocket Show, Menara Taming Sari X Tourism, Melaka Fun Ride 2021 dan Bas Pelancongan Elektrik 'Singgah-Singgah'.
Tambah Jailani, pihaknya turut menyasarkan pemulihan sehingga 75 peratus bagi sektor pelancongan di negeri itu dalam masa terdekat.
"Jika beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pemulihan pelancongan dijangka meningkat sehingga 80 peratus," katanya.
Mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP), ujarnya beberapa pendekatan diambil kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong terjamin.
Katanya, ia termasuk program Pensijilan Patuhi dan Amal SOP COVID-19 Negeri Melaka bagi sektor pelancongan di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Melaka
#pelancongan
#sambutan besar-besaran
#Muhammad Jailani Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan