awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/07/2023
04:20 MYT
Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco
Rahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknyak telah mengenal pasti penganjur program berkenaan. - Gambar fail
MELAKA: Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknyak telah mengenal pasti penganjur program berkenaan.
Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga akan memanggil penganjur program itu minggu hadapan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penganjuran tersebut.
“Sebenarnya isu ini pun kita tahu melalui media sosial kerana belum ada apa-apa permohonan daripada pihak penganjur, namun kita ke arah untuk membatalkannya dan saya tidak akan benarkan (penganjuran).
“Acara seumpama ini tidak boleh diadakan di Melaka, dan kepada mana-mana penganjur saya ingatkan jangan sengaja cuba anjurkan apa jua program yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam,” katanya ketika dihubungi di sini.
Terdahulu, poster berhubung penganjuran berkenaan tular di media sosial dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Acara itu kononnya akan diadakan di sebuah hotel di Melaka pada 23 Julai ini yang bakal melibatkan peserta dari dalam dan luar negara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berhubung penganjuran yang bakal dibuat itu.
“Setakat ini kita terima satu laporan dan pihak polis telah merujuk isu ini kepada JAIM untuk tindakan selanjutnya,”katanya.
Topic Berkaitan
#Melaka
#ratu pondan
#LGBT
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan