awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka cadang bina saluran paip air dari Sungai Rembau

Bernama
Bernama
24/01/2022
20:40 MYT
Melaka cadang bina saluran paip air dari Sungai Rembau
Rahmad berkata langkah itu berikutan kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung penggunaan air mentah dari Sungai Gerisik. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka telah memohon kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk cadangan membina paip air dari Sungai Rembau, Negeri Sembilan ke Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah bagi memastikan keperluan penduduk negeri berkenaan sentiasa mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata langkah itu berikutan kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung penggunaan air mentah dari Sungai Gerisik.
"Ini disebabkan kerana didapati masalah air laut telah memasuki sungai berkenaan hingga sepanjang 40 kilometer Rumah Pam Gerisek, sekiranya keadaan ini berlaku pada musim kemarau, ia mungkin menyukarkan kita untuk mengepam air di situ.
"Justeru itu, antara ambil langkah awal untuk mengelakkan krisis air pada masa akan datang adalah cadangan mengepam air dari Sungai Rembau dan dijangka projek ini akan menelan kos sebanyak RM250 juta," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut Rahmad berkata Melaka mempunyai tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan namun ia merupakan empangan takungan air yang dipam dari sungai lain kerana tidak mempunyai sumber sendiri.
Sementara itu beliau turut menyarankan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri berkenaan menyediakan kemudahan bot penyelamat di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) masing-masing sebagai langkah awal sekiranya berlaku banjir.
Beliau berkata ia juga membolehkan langkah awal dapat diambil dan mempercepatkan proses menyelamat dan membawa mangsa terutamanya warga emas yang terlantar ke kawasan lebih selamat berdasarkan pengalaman situasi banjir yang lepas.
"Untuk hari ini Japerun Ayer Molek telah menerima aset iaitu sebuah bot penyelamat yang dilengkapi peralatan menyelamat selain akan menubuhkan pasukan terlatih yang mengetahui cara menyelamat dan mengendali bot ketika kecemasan.
"Kos untuk pembelian aset ini tidaklah tinggi, keseluruhan harga kesemua peralatan termasuk bot dan kelengkapan di bawah RM20,000," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#sungai rembau
#KASA
#paip air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan